Monday, November 23, 2009

Seindah Kenangan Pertama

Entah bila ia meresap ke dalam minda, entah bila mula berfikir dan entah bila aku dapat merasakannya. Tetapi apa-apa sahaja yang pertama membuatkan sesuatu itu istimewa. Mungkin semua orang tidak merasakannya tetapi mungkin juga ada orang yang perasan keindahan merasai yang pertama itu.

Menjadi batch pertama di bangunan baru SDAR di Seremban.
Menjadi batch pertama Newcastle Malaysia (Numed).

dan...

menjadi pertama dalam Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk Disember ini. JUMS insyaAllah akan dirasmikan oleh Mufti Negeri Perlis, Dr Juanda.





Friday, October 30, 2009

Melengkapkan Kehidupan

Setiap hari ada sahaja aku merasakan hendak mencari sesuatu untuk melengkapkan kehidupan ini. Nak beli basikal lah, nak beli phone mahal-mahal la, nak beli baju baru lah, uish..pendek kata, mesti la nak beli semua benda supaya hidup ini lengkap. Tidak perlu bergantung lagi pada orang lain.

Tapi, lengkapkah kehidupan kita selepas proses ini?

Kenapa tidak pernah rasa lengkap?

Ada ke orang yang sudah merasa lengkap? Nak jumpa la dia.

Pada satu tahap, memang terasa penat dengan kehidupan duniawi ini. Dunia sentiasa update dan mengupdatekan diri dengan kecanggihan dunia merupakan hampir satu kemestian bagi ramai orang. Kadang-kadang, tidak ada account facebook pun rasa hidup tidak lengkap.

Seronoknya menjadi orang yang lengkap. Tapi dimanakah orang itu. Dimanakah jiwa yang bebas dari nafsu duniawi. Bolehkah aku sempat berjumpa dengannya dan meminta tunjuk ajar sebelum nafas terakhir aku hembuskan.

Ya Allah, kuatlah iman diri ini untuk selalu bersyukur dengan nikmatMu. Sungguh banyak yang Engkau berikan. Kau berikanlah rasa kecukupan dalam diri ini dalam hal keduniaan. Berikan lah aku rasa tidak cukup untuk beramal. Amin.

Tuesday, October 27, 2009

Convert


Alhamdulilah setelah sebulan lebih sampai di bumi UK ini, sempat juga akhirnya untuk berkongsi sedikit pandangan, pendapat atau idea tentang isu convert ini...dalam kita mencari penyelesain terbaik dalam hidup..perlulah menimbang sesuatu perkara dari pelbagai sudut...agar pertimbangan itu tidak dianggap berat sebelah atau bahasa orang UK ialah bias...

tv flat screen...murah dari malaysia sama ada convert ataupun tidak..

Ketika awal-awal sampai disini, terus sahaja otak ini meng"convert"kan value matawang setiap kali melihat tanda harga di kedai-kedai...mulut pun mengeluarkan kata-kata..

"mahalnya"...malaysia lagi murah kot...

sesetengah mulut kawan pula membalas..

"xyah la convert"..

"matilah kalau macam tu"...."satu apa pun tak beli"...

jadi perlu ke tak perlu convert ni? munculah satu persoalan yang timbul di benak fikiran..


factory outlet store...

Bila kita perlu convert:

1. Bila hendak beli barang yang akan dibawa pulang ke Malaysia...contohnya kereta la paling murah..convert pun still jauh lagi murah dari kereta di malaysia..

2. Bila duit dalam bank dah tidak banyak...kalau x convert, nafsu berbelanja terus tinggi...salah satu nak kawal ialah dengan teknik convert ini...

3. Bila nak kira berapa banyak duit rakyat yang kita guna...kalau fikir 600 sebulan duit rakyat kita guna..tidak terasa banyak..tapi kalau fikir 3600 duit rakyat kita guna sebulan..moga memberi sedikit kesedaran..kalau tidak sedar lagi...memang hati dah mati..


salah satu basikal..72 pound= RM 432..murah ke mahal..

Bila tidak perlu convert:

1. Bila memberi sedeqah di masjid, orang-orang tepi jalan yang main muzik, orang yang datang ketuk rumah dan sebagainya...jangan pula bila bab sedeqah..terus kita convert...1 pound cukup kot...6 ringgit tu..kat malaysia sedeqah 5 ringgit je kot seminggu...cuba lah sedeqah 5 pound jugak..jgn convert...

2. Bila berkaitan dengan pelajaran...contohnya membeli alat-tulis, ink printer dan sebagainya...duit yang diberikan sememangnya untuk belajar...

3. Untuk mujahadah...pergi program winter gathering or pergi merapatkan ukhwah antara kita...insyaAllah itu ada ganjaran besar dari Allah...

Friday, September 11, 2009

iMedic 2009

11 September 2009 - Alhamdulilah iftar medic muslim berjalan dengan lancar. Di sini disertakan beberapa gambar untuk kawan-kawan yang tidak sempat hadir.


Azizi bertanya soalan....


Dr Z menjadi moderator...


Ahli panel berkongsi pengalaman...


Imran turut serta....


dan Helmi juga tidak ketinggalan...


Saturday, September 5, 2009

Iftar Medic Muslim

Mari bersama menjelajahi dunia medic yang bakal kita tempuhi. Menjadi doctor, adalah impian ramai orang. Tetapi menjadi doctor Muslim, adalah pilihan yang lebih baik.

Monday, August 31, 2009

Kereta


Assalamualaikum w.b.t

Ke hadapan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Bersyukur kepada tuhan sekalian alam, di kesempatan ini kita masih diberi peluang untuk hidup. Pertama-tamanya saya memohon maaf sekiranya tidak dapat menghantar anda semua fly dan sebagai ganti diri, entry ini khas buat kalian semua.

Kereta yang kita pandu hampir 20 tahun telah melalui jalan-jalan yang berbeza. Ada kereta yang masih baik, masih sedap dibawa dan tidak lupa ada juga yang perlu di hantar ke bengkel. Jalan pula sudah tentu tidak sama bagi setiap individu. Ada jalan yang sukar, berlubang, jalan yang sempit dan ada juga jalan highway yang lurus dan lebar.

Selepas melalui jalan ini, kita akan membawa kereta kita juga ke destinasi yang berbeza. Australia, New Zealand, India, UK, Republik Czech, Ireland, US dan sebagainya. Destinasi yang agak jauh dari kilang kereta kita dihasilkan. Namun dikesempatan ini, apa yang saya mahu perkatakan ialah siapa yang ingin kita bawa dalam kereta kita?

Dalam kembara 20 tahun ini, mungkin kita telah mengambil beberapa penumpang. sama ada kita sedar ataupun tidak. Sang Harta. Sang Teman Hidup. Sang Pangkat. Sang Dunia. Jadi, adakah kita telah membawa Sang Islam? kerana di akhir perjalanan kereta kita nanti, Polis Izrail akan menahan kereta kita.

Bolehkah penumpang kita menyelamatkan kita? Tidak! hanya Sang Islam yang bakal membantu. Di tol terakhir, hanya ada dua laluan. Parking di neraka atau pun parking di syurga. Tiada u-turn. Ada diceritakan dalam manual penggunaan kereta, ada kereta nak u-turn , tapi engineer kereta tidak memberi peluang lagi.

Kawan-kawan sekalian,

Bagaimana kalau kereta kita sudah penuh? tukarkanlah penumpang-penumpang kepada Islam. Dengan harta, kita boleh bersedekah. Dengan ilmu kita boleh berbakti. Dengan dunia kita boleh niatkan untuk akhirat. Boleh juga upgrade kereta kita kalau kita mampu. Belilah MPV atau bas. Bawalah Islam sebanyak-banyaknya sebagai penumpang.

Janganlah kereta kita cuba menjauhi dari penumpang Islam ini. Saya begitu risau terhadap diri saya sendiri dan kawan-kawan semua apabila ada mendengar khabar, ada kereta mengunci dari dalam apabila sang islam ini mahu masuk ke dalam kereta mereka. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Akhir kata ingin saya nyanyikan lagu kereta yang cukup popular pada masa saya kecil-kecil dahulu...

"ayah ku pulang dari kota,
ayah ku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa ke sekolah.

pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik,
boleh ku bawa jumpa nenek"