Wednesday, October 22, 2008

...peringatan terbaik...

 Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikah orang-orang yang bodoh. Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). Al-A'raf (7:199-201)

Monday, October 13, 2008

Pendrive terbaik?

Kali pertama ku mempunyai pendrive, aku cukup berpuas hati kerana harganya yang murah walaupun memory yang agak besar. Membeli belah di Lowyat bersama kawan lama - Azam tidak kulepaskan.

Melihat kembali konsep pendrive yang digunakan oleh pelajar...terfikir sebuah analogi yang entah tiba-tiba datang ke minda. Pendrive atau thumbdrive digunakan untuk menyimpan maklumat supaya boleh dipindahkan daripada satu computer ke computer yang lain.

Tidakkah itu sama dengan apa yang ku lakukan dalam hidup ini? Belajar siang dan malam semua subjek. Memahami dan menghafal apa yang perlu. Lalu digunakan untuk apa semua itu?

Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Semakin banyak maklumat yang disimpan, semakin terbaik lah pelajar tersebut di sekolah. Namanya disebut-sebut. Diraikan. Diberi sijil. Malah dihantar ke luar negara.

Apakah ciri-ciri pendrive terbaik anda?
Tidak dapat lari dari fitrah pendrive untuk menyimpan maklumat. Namun maklumat apakah yang palaing penting untuk disimpan? Maklumat apakah yang paling beharga? Maklumat apakah yang terbaik?

Tentulah maklumat yang mampu berkata-kata apabila mulut sudah tidak mampu bersuara. Tentulah maklumat yang mempunyai berat timbangan nya di neraca perhitungan tatkala harta tidak bernilai.

Jadilah pendrive terbaik.

Friday, October 10, 2008

Adakah UK yang terbaik?

Pay/Send - perkataan terakhir untuk diklik di skrin. Alhamdulilah, sudah selesailah permohanan placement ke UK universiti.
Predicted gred, MOCK interview, PS, IELTS, UKCAT dan UCAS berakhir jua.
Harapan melanjutkan pelajaran melambung tinggi apabila melihat gambar senior yang baru saja di perantauan.
Kini..IA perlu diberi perhatian. TOK presentation telah ketemu tajuknya. "Bolehkah dunia tanpa adanya negara?" Perbentangan Isnin ini bersama Syahmi membuka TOK presentation di M07E. Ya Allah..bantulah kami. Doaku setiap hari.
EE perlu kumula segera. Selesai teaching lesson kepada pelajar SK Dengkil, peningkatan mereke dalam English Language.
Setahun tinggal untu ke UK.

Adakah UK yang terbaik?
Sejak ku tahu pelajar Malaysia di hantar ke luar negara..hanya UK berada di minda. Semangat ku ke sana semakin membara apabila ku mula meminati English Premier League...namun impian untuk ke University of Liverpool tidak kesampaian kerana IELTS...mungkin itu bukan yang terbaik untuk ku..