Hari ini hari ketujuh aku cuti kuarantin. Cuti tanpa rekod yang diberi oleh kerajaan kepada penjawat awam apabila menjaga anak sakit berjangkit. Hazim dapat chiken pox atau nama dalam buku teks medic ialah Varicella Zoster. Chiken pox pada kanak-kanak ni self-limiting maksudnya kebanyakan kanak-kanak boleh sembuh, imun ketahanan badan akan lawan balik dan sembuh sepenuhnya.
Mula-mula tu nampak dah ada biji-biji air pada kepala dan badan Hazim, tapi sebab tak demam, khamis tu aku pergi jelah kerja. Sekali Jumaat lepas mak mertua bawa pergi KK memang disahkan chiken pox, maka dapatlah aku cuti kuarantin 5 hari campur 2 hari weekend. Alhamdulillah dapat bos yang baik macam Dr Suhaila, maka lulus lah cuti dengan tenang, kalau duduk medical department, tak tahulah bagaimana.
Hazim demam hari 2-4 kena chiken pox, tinggi lah jugak kena makan syrup paracetamol tu setiap 6jam. Lepas tu biji-biji tu naik semua tempat ada, kelopak mata, telinga, hidung dan bibird dia. Memang kesian sgt. Nak sapu ubat calamine lotion tu dia geli, nak mandi sakit dan nak tidur gatal-gatal. Inilah ujian kita sebagai ibu bapa. Tak tahu nak bayang kalau ibu bapa yang jaga anak sakit kronik ke kanser ke, mesti sedih sgt. Kita yang jadi doktor ni sebab dah selalu tengok kes-kes macam tu mungkin la perasaan tu letak tepi sebab kalau nak rawat tu, kalau kena cucuk jarum, memang lah kena cucuk jarum untuk masuk ubat.
Esok dah mula kerja balik. Pagi ada CME dengan Jabatan Paediatrik dan kemudian jadi MC (emcee) untuk Malam Sanjungan Budi Hospital Serdang. Dua-dua benda tak prepare sangat, moga-moga semua berjalan lancar. Ya Allah bantulah hambamu yang lemah.
Comments