Wednesday, November 24, 2010

Tong Sampah


Suka untuk berkongsi kisah tong sampah yang mungkin ada berkaitan dengan hidup kita. Kisah bermula apabila beberapa orang pelajar menyewa sebuah rumah yang tiada tong sampah. Jadi masalah timbul!

"Kat mana kita nak buang sampah?"
"Teruk betul landlord ni...tong sampah pun xbagi"

Jadi mereka pun berazam untuk membeli tong sampah. Tapi kerana harga tong sampah yang mahal di pasaran, mereka mencari tong sampah di tempat jualan barangan terpakai..a.k.a carboot.

Di carboot...

"Weyh, lawa ar frame gambar ni.."
" Murah gila roller blade..mahal ni kalau kat ebay.."

Setelah dua jam berada di carboot, macam-macam telah berjaya dibeli. Tapi mana tong sampah? Tak penting ke tong sampah? Ke malu nak beli? Ke kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan bersama?

Satu tong sampah diangkut dengan harga sepound terus ke arah kereta.

Di rumah..

Tong sampah sepound itu tidaklah sebesar mana untuk menampung sampah-sampah setiap hari. Sehinggakan sentiasa penuh. Ada sahaja kotak cereal, botol-botol susu segar, botol kicap dan sebagainya.

"Tong sampah penuh...biarlah..nanti ada orang lain yang settlekan"
"Penuhnya sampah...letak je lah sampah lain kat tepi-tepi..."
" Sumbat je sampah bagi padat...jgn koyak plastik hitam sudah.."

Begitulah nasib tong sampah. Inilah sikap manusia. Mementingkan diri sendiri. Menyusahkan orang lain. Pemalas. Pengotor.


Wednesday, November 10, 2010

Nottingham Games


"Datang dari mana?"

"Rambut panjang lagi kan.."

"Busy giler..nanti kita sembang"

"Air free xde, plg murah 60 cent"

"Add facebook aku.."

"Macam pernah tengok.."

"Kalah 2, seri 2,,"

"Tolong ambil aku kat bawah, urusetia xbagi naik atas.."

"Jangan lembut sangat..ganas sikit.."