Selepas berjaya menamatkan Housemanship (HO) di Hospital Sultan Ismail selama 2 tahun dari 2015-2017, aku ditempatkan di Hospital Serdang sebagai Medical Officer. Pada waktu yang sama juga isteri tercinta menjadi HO di Hospital Tunku Jaafar Seremban, anak aku dua orang Hazim dan Asyraf mak ayah mertua aku yang tolong jagakan. Jadi terpaksalah aku ulang-alik Seremban Serdang setiap hari.
Memandangkan parkir kereta yang begitu teruk di Hospital Serdang, harga minyak dan tol yang tinggi, jalan pada waktu pagi yang jam dan harga kereta yang aku berkenan mahal sangat jadi aku memilih untuk naik motor sahaja. Pada awal itu susah juga nak decide beli motor apa, tapi lepas survey dan survey, harga yang paling mampu untuk bayar cash, maka terbelilah motor yamaha LC135 biru. Harga tahun 2017 masa ada GST ialah RM7700.
Kos minyak ron95 hari-hari dalam RM7. Harga tayar RM160 depan belakang brand Maxxis Diamond (beli online Lazada) tambah upah pasang RM10 depan belakang. Pasang Givi box RM350 kalau tak silap sekali dgn Monorack J. Beli baju hujan Givi RM150. Beli Helmet Givi Head Protective System RM320. Minyak hitam pakai Motul RM50 sebotol. Oil filter RM 10-13. Rantai O-ring RM145 sekali dengan RK-M sproket.
Banyak dah berjasa motor ni. Pergi kursus di KL dan Melaka pun bawa motor je. Pergi meeting kat KKM Putrajaya pun pakai motor, senang nak parking. Memang bahaya bawa motor ni. Ada beberapa kali kereta tukar lane tak bagi signal, nasib baik sempat brek, tapi memang berderau la darah, pucat lesi muka time tu. Jadi demi anak dan isteri, aku ambil takaful bawah SSPN-i Plus. Bayar RM 500 bulan-bulan, RM 200 jadi simpanan, RM300 jadi Takaful cover RM 1000000 jika mati kemalangan. Medical card pun aku ambil RM97 sebulan untuk cover kalau apa apa jadi bawah AIA.
Aku akan update berkaitan Motor LC135 Yamaha ni sebagai catatan pengguna motor supaya pengguna lain tak kena tipu macam aku selalu kena tipu dengan kedai motor. Sekian.

Comments