Saturday, October 23, 2010

Kebahagian Terbaik


alhamdulillah...2011 ini merupakan tahun kebahagian bagiku. tahun kegembiraan. tahun ketenangan yang aku cari-cari selama ini...



rumah yang dekat dengan masjid yang membolehkan aku berjemaah. rumah yang besar untuk kawan-kawan ku datang melawat Newcastle. ahli rumah yang bekerjasama dan tolong-menolong. Allah...terima kasih atas semua ini...



begitu juga dengan di kelas. tahun ke2 perubatan yang sangat menarik. Otak dan saraf. begitu hebat ciptaan Allah. Benarlah manusia itu sebaik-baik ciptaan. aku sungguh seronok sekali duduk di depan mendengar syarahan professor-professor. ilmu-ilmu yang patut dimiliki oleh umat Islam. dan aku adalah Islam. maka aku perlulah mendapat ilmu itu dengan izin Allah...