
Friday, December 31, 2010
Tahun Terakhir di UK

Thursday, December 2, 2010
Salam Maal Hijrah 1432
Namun realitinya, bagi seorang pelajar yang disibukkan dengan jadual kelas, assignment, exam dan sebagainya, di ruang sudut mana kisah hijrah dapat diadaptasikan dalam diri? Sejauh mana diri kita bersedia menjadi pemuda-pemuda muslim yang bersedia menanggung beban dakwah ini?
Kisah Hijrah penuh dengan babak-babak perancangan yang rapi, pengorbanan, taat dan patuh perintah Allah, pergantungan diri terhadap Allah yang maksimum dan persaudaraan. Sepatutnya, babak-babak itulah memenuhi agenda hidup kita menjelang tahun baru ini.
Mulakanlah langkah untuk berhijrah. Ke arah yang lebih baik. Mencari keredhaan Allah semata-mata. Bukan mengejar pangkat, harta dan nama di dunia ini.
Buang yang keruh, ambillah yang jernih.
Salam Maal Hijrah 1432
Wednesday, November 24, 2010
Tong Sampah

Suka untuk berkongsi kisah tong sampah yang mungkin ada berkaitan dengan hidup kita. Kisah bermula apabila beberapa orang pelajar menyewa sebuah rumah yang tiada tong sampah. Jadi masalah timbul!
Wednesday, November 10, 2010
Nottingham Games

Saturday, October 23, 2010
Kebahagian Terbaik



Saturday, September 4, 2010
mabruk zaid =)
dalam ketenangan-ketenangan itu, aku meninggalkan bumi mesir.
baru minggu pertama kuliah bermula, nah...facebook penuh dengan notification!! dan terpancarlah picture ini yang ada namaku sekali di tag!! syukran la tag ye...tidak fokus ku belajar di kelas..asyik-asyik tersenyum teringatkan peristiwa dr. zaid dipaksa cepat kahwin oleh ustaz shairawi...haha..ustaz shairawi yang lagi lambat dari dr. zaid rupanya...
mabruk ya akh...=)
Wednesday, August 25, 2010
Mesir

Begitu banyak yang aku pelajari di Mesir...tetapi kenapa begitu takut sekali untuk mengarang dan berkongsikan kepada kawan-kawan yang lain? bukan kah berkongsi itu ertinya menyampaikan kebenaran? kenapa perlu takut jika kebenaran ada pada dirimu?
Saturday, August 7, 2010
Mata Ini dan Mata Itu

Mata ini menyaksikan,
Sunday, August 1, 2010
Kelebihan bulan Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Solehkarangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com
Saturday, July 24, 2010
Teman Terbaik

Saturday, June 26, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Salam Benua

Summer break is coming...for those who need visa before travel (India, USA, Canada etc.), this poem is for you to think about.
Salam Benua oleh Usman Awang
I
II
III
IV
V
English Translation:
Greetings to the Continent
I
II
III
IV
V
(Translated by Muhammed Hj Salleh)
Wednesday, June 9, 2010
Summer + Ramadhan + Syawal

Monday, June 7, 2010
Cant Wait

Cant wait for the coming September. Although myself not fully prepared yet. InsyaAllah I will try my best to provide everything they need here. See you soon my brothers and sisters
Friday, May 7, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Menyesal
Wednesday, April 28, 2010
20 Pemuda Berkumpul Ingin Mengubah Masyarakat
Wednesday, April 21, 2010
Lemah
Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:
Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Riwayat :
- Bukhari – Kitab Jumaat (Hadith no. 903)
- Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 70)
- Tirmizi – Kitab Fitnah (Hadith no. 2098)
- Nasaie – Kitab Iman (Hadith no. 4922 & 4923)
- Abu Daud – Kitab Sembahyang (Hadith no. 963) & Kitab Keganasan (Hadith no. 3777)
- Ibnu Majah – Kitab Sembahyang (Hadith no. 1265) & Kitab Fitnah (Hadith no. 4003)
- Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 10, 20, 49, 52, 54, 56 & 92)

Sunday, April 18, 2010
Kecik-kecik dah...
Seremban, 4 April – Sebagai salah satu usaha untuk membina generasi harapan yang memiliki keperibadian dan jati diri yang mantap bermula daripada usia muda, Kelab Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA (NAZIM) Cawangan Seremban telah menganjurkan program motivasi “From Zero to Hero”. Program yang berlangsung di Dewan D’Ark, Senawang ini berjaya mengumpulkan kira-kira 50 orang ahli dan rakan NAZIM dari sekitar Negeri Sembilan.
Penyampaian kreatif oleh penceramah dan fasilitator yang telah dijemput khas ternyata berhasil menarik perhatian peserta-peserta, ditambah lagi dengan kepelbagaian aktiviti yang diselitkan. Selain menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri para peserta, mereka juga dididik supaya sentiasa mengasihi dan mengenang jasa ibu bapa. Keberkesanan program ini dapat dilihat menerusi linangan air mata keinsafan mereka yang tumpah dalam satu slot yang dilaksanakan.
Di penghujung program, semua peserta dikehendaki mencatat azam masing-masing yang perlu dipenuhi apabila balik ke rumah mereka kelak. Program motivasi “From Zero to Hero” ini kemudiannya diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada pihak penceramah oleh Sdr. Zaim bin Shaari, penasihat Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat. Semoga program kali ini berupaya mencapai matlamat NAZIM untuk melahirkan generasi pelapis yang mampu mendokong dakwah Islam di Malaysia.
Sumber: Blog ISMA Negeri Sembilan
Tuesday, April 13, 2010
Antara Semalam dan Hari Ini


Monday, April 12, 2010
Jaulah Ar Rabii
Manchester, March 2010 – Terkenal dengan Old Trafford dan Rusholme bukanlah matlamat utama kehadiranku ke sini. Kerinduan terhadap Hafiz & Zol terubat jua. Dalam kesibukan mereka yang masih belum cuti, mereka tetap memberi layanan kelas pertama. Walaupun sudah banyak kali membawa kawan-kawan lain ke Megastore dan AlJazeera, mereka tetap tidak menunjukan kebosanan pergi ke tempat sama untuk menjaga hati.
Bristol, March 2010 - Perjalanan sejauh hampir 310 miles dari Manchester melalui London memang memenatkan. Namun itu semua hilang setelah menjejaki bumi Bristol dan dapat bertemu Ridhuan, Hanif dan Qisti. Dalam kesibukan mereka bersiap sedia untuk ke Spain, sempat juga mereka membawa aku jalan-jalan sekitar Bristol.
Southampton, March 2010 – Perjalanan menaiki National Express Coach dari Bristol ke Southampton sangat menarik kerana melalui Bath. Ketenangan melihat kambing biri-biri dari lereng-lereng bukit yang menghijau memukau mata. Di Southampton aku tinggal di rumah engineering student from KMS. Kenapa KMS? Bukan aku KMB ke? Sebab ada seorang rakan KMS ini yang aku kenal sejak sekolah dulu. Sudah hampir 3 tahun tidak berjumpa, akhirnya di bumi UK juga kami bertemu.
Manchester, April 2010 – Daurah Ulum Syarak anjuran ISMA Eropah merupakan kemuncak spring break tahun ini. Kedatangan Presiden ISMA Mesir tidak mungkin aku sia-siakan begitu sahaja hatta lawatan ke Turkey bersama kawan-kawan Newcastle. Begitu banyak yang aku pelajari tentang jalan dakwah ini. Bermuhasabah diri yang bergelumang dengan sisa-sisa jahiliyah, ceteknya ilmu syarak, Al Quran dan hadis, kurangnya mujahadah. Alhamdulilah, aku dapat rasakan Allah masih membimbing aku untuk terus membaiki diri dan terus membaiki diri dengan matlamat mendapat keredhaan Allah.
Liverpool, April 2010 – Dengan semangat dakwah yang berkobar-kobar aku pergi ke Liverpool untuk berjumpa senior aku di sekolah dan kolej dahulu. Banyak perbincangan sekitar usrah dan lokaliti Liverpool. Setiap tempat mempunyai cabaran tersendiri. Aku juga kagum dengan masjid tiga tingkat di Liverpool dimana aku menunaikan solat Jumaat.
Cardiff, April 2010 – Tempat yang paling aku idam-idamkan untuk datang sejak kali pertama aku menjejaki bumi UK ini. Seperti tidak percaya akhirnya aku berpeluang meluangkan sedikit masa bersama kawan yang menjadi penggiat dakwah di Wales itu. Sepanjang aktiviti dari bangun tidur, makan, berjalan dan online akan berkisar tentang dakwah. Aku dapat merasakan betapa seronoknya pengalaman itu. Cuma aku rasa lemah apabila memikirkan lokaliti Newcastle aku sendiri. Adakah aku mampu menjadi agen perubahan dan mewujudkan suasana Islam di kalangan melayu Islam Newcastle? Allah berilah aku kekuatan.
Di Cardiff juga berlaku peristiwa besar dalam hidup aku. Pertama aku menjadi benci apabila mengetahui pelajar-pelajar Newcastle mengadakan 1 Malaysian Ball. Aku hanaya mampu bersembang di alam maya bersama Presiden dan bertanyakan kenapa mereka membuat event seperti itu, tetapi aku sama sekali tidak mampu bertindak selain itu. Peristiwa kedua ialah aku menyedari aku terlalu banyak melakukan kesilapan sepanjang aku belajar di Newcastle. Aku berazam untuk pulang ke Newcastle dengan semangat dan azam yang baru. Semoga Allah memberi aku kekuatan.
Tuesday, March 9, 2010
GP Surgery

"Adik Abdullah Bin Ghazali, sila datang ke bilik 4" suara ku bergema di Klinik As Syifaa.
Salam diberi selepas pintu dibuka. Aku mempersilakan mereka duduk.
"Boleh doctor tahu kenapa adik datang ke klinik hari ini?" tanya ku kepada Abdullah yang baru berumur 8 tahun. (Start with open question)
Dia terdiam. Ayahnya pula menjawab. "Abdullah diuji oleh Allah dengan demam panas yang berlanjutan selama seminggu, saya risau kalau demam nya tidak baik-baik dan bukan demam biasa." Aku hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepala. (show interest)
"ok..ada apa-apa lagi yang Pak Cik nak beritahu..? (let the patient talk)
"kulit anak saya seperti ada biji-biji berair, tetapi dia sudah pernah dijangkiti chicken pox semasa dia kecil dahulu, orang kata chicken pox kene sekali sahaja seumur hidup" kerisauan jelas tertampak dimuka orang tua itu. Aku mendengar dengan teliti. (active listening)
"Virus chicken pox yang lebih kuat boleh menyebabkan Abdullah boleh dijangkiti sekali lagi, saya faham situasi Pak Cik dan Ghazali, demam yang panjang memang agak meletihkan" (sympathy)
"ada apa-apa lagi yang merisaukan Pak Cik?" (try to elicit Concern)
"saya risau adik dan abangnya akan berjangkit, risau juga kesan chicken pox terhadap kulitnya nanti."
"Izinkan saya melihat biji-biji berair pada Abdullah terlebih dahulu". Aku membasuh tangan dan memulakan examination. (Clinical Skills)
"Baiklah, kalau begitu biar saya buat ujian darah anak Pak Cik untuk memastikan diagnosis saya, saya akan menghubungi Pak Cik sejurus keputusan ujian darah dikeluarkan."
"Pak Cik nak ubat penahan sakit untuk diberi kepada Abdullah"? (try to elicit Expectation)

"kalau demam biasa, saya rasa biarlah imunisasinya melawan virus itu, tapi kalau betul chicken pox, saya rasa anti Virus mungkin bermanfaat. "
"Baiklah, kita akan bincangkan pilihan yang ada untuk rawatan selepas ujian darah selesai"
"terima kasih doctor, Allah menguji kita dengan kesakitan supaya kita ingat manusia ini lemah dan perlu akan Tuhannya" pesan Pak Cik itu.
"Anggaplah ini sebagai ujian. Sakit sebenar bila otak, hati dan anggota manusia tidak patuh kepada Allah. Sakit jenis itu sukar diubati" Abdullah bersuara akhirnya.
Aku kaget.
Tuesday, March 2, 2010
Malaysian Night

Tuesday, February 16, 2010
Belaian Ibu
Belaian Ibu
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Friday, February 12, 2010
Sunday, January 17, 2010
Program Bersihkan nama Islam
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Demi masa
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-'Asr, Ayat 1-3)
Program Bersihkan nama Islam ini bertujuan untuk menjadi medan dakwah bagi kita sebagai Muslim. Kita sememangnya dituntut untuk berdakwah. Kita tengok hari ini ramai bloggers yang sudah sebati dengan post-post ayat Al-Quran. Jadi insyaAllah kita sudah bersedia untuk melangkah setapak ke hadapan di khalayak untuk bersuara lebih kerap menegakkan Islam di muka bumi.
Penyertaan:
Saya amat mengalu-alukan penyertaan dari semua pembaca untuk bersama-sama membersihkan nama Islam yang sudah lama dicemarkan oleh sesetengah pihak. Mesti diingat, musuh utama kita ialah syaitan.
Cara-caranya:
Setakat ini, apa yang saya boleh syorkan ialah melalui comment-comment di You Tube. Isu penggunaan kalimah Allah ditambah oleh tragedi pengeboman church menggemparkan seluruh Malaysia. Media terus sahaja mengaitkan Islam sebagai terrorist. Adakah kita akan berdiam diri apabila media mengaitkan Islam itu adalah pengganas? Adakah kita akan berpeluk tubuh? Masih dalam zon selesa?
Anda hanya memerlukan account You Tube dengan meregisterkan diri kemudian menerangkan Islam yang sebenar kepada mereka-mereka yang membenci Islam. Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah yang akan mencampakan nur di hati mereka.
Disini, saya sertakan beberapa link video di You Tube yang sangat memerlukan Muslim comment untuk membersihkan nama Islam:
1. http://www.youtube.com/watch?v=-89h71cob84
2. http://www.youtube.com/watch?v=LpFmSSAnoOA&feature=fvw
Penambahbaikan
Sebarang cadangan untuk membersihkan nama Islam di media amat dialu-alukan.
Saya tiba-tiba bersemangat untuk membersihkan nama Islam di media. Setakat ini, ini sahaja yang saya mampu berfikir. Sekiranya saya tidak tahu bagaimana mahu membalas comment-comment anti Islam di media, saya akan minta tolong dari anda semua melalui facebook wall to wall. Minta beri kerjasama.