Wednesday, December 31, 2008

Rakyat Malaysia

Malam ni tahun baru Masihi 2009 menjelma. Seronoklah muda-mudi turun Dataran Merdeka untuk meraikannya bersama artis kesayangan mereka. Ambank dengan bangga nya sponsor konsert tahun ini. Itulah remaja..mencari keseronokan...kepuasan...menghabiskan uisa muda...

Kononnya sudah merdeka 50 tahun..namun lihatlah pemuda-pemuda kita..begitu kuat, kuat berseronok. Begitu berani, berani melanggar hukum Allah. Begitu pantas, pantas berlumba di jalan raya..mereka berseronok. Penjajah juga berseronok. Seronok melihat bumi yang mereka jajah mengikut telunjuk mereka. Acuan mereka menjadi.

Satu dunia melakukan tunjuk perasaan menentang serangan Israel ke atas Gaza, ratusan umat Islam mati dalam masa beberapa hari. Ribuan mati sejak Israel menduduki tanah Palestin secara haram, mungkin puluhan ribu, ratusan ribu.

Persoalannya, dimana Rakyat Malaysia? Pemuda Malaysia?

Tentulah tengah sibuk membeli belah, baju baru untuk malam Ambang Tahun Baru 2009. Sibuk mengelap motor dan kereta sampai berkilat, nak bawa teman istimewa la katakan. Ibu bapa pula sibuk hendak menyedikan persiapan sekolah.

Aman sungguh negara ini. Sejahtera.

Namun, sampai bila?

Thursday, December 25, 2008

Aku Tewas

Disember 2006 - Terlalu seronok menghabiskan cuti panjang setelah tamat SPM menandakan aku sudah habis sekolah menengah. Selamat tinggal Seremban. 5 tahun outing di Terminal One. Kira macam second hometown la..malah aku lebih tahu jalan-jalan di Negeri Sembilan berbanding di Pahang..ye ar..mase sekolah rendah duduk rumah je..bila dah duduk asrama baru ar jalan sendiri..

Satu hari, aku menerima sms dari cikgu sekolah ajak join camping kat Selangor. Aku yang tak uat pape time tu pun tergerak hati nak pergi. Hari jumaat aku ingat lagi aku gerak gi Seremban naik komuter...komuter tu la aku guna sejak form 1. Naik bas dari pahang sampai kl, then naik keretapi tu sampai seremban - stesen hujung. Aku g Seremban Parade beli sport shoes and seluar track. Then solat jumaat di Masjid Negeri.

Lunch hari tu makan dengan cikgu aku sebelum bergerak ke tempat berkumpulnye peserta camp Negeri Sembilan. Owh..ramai rupenye yang pergi. Aku dah x knal sesape, yang lain-lain tu macam dah jumpe byk kali..dah ar yang lain mcm kecik2 je..aku je yang dah abes spm..x pe ar..aku layan je la..pastu kita orang gerak la gi Selangor. Dalam asar macam tu sampai kat sane.

Macam-macam aktiviti yang ade, tapi bukan tu yang nak cerita, sebab aktiviti tu byk aku menang..haha..yang nak cite ni yang aku tewas..mula-mula sampai tu kita orang cari ar katil nak tidur. Tidur dalam asrama lbey kurang ar..Tapi peserta lbey byk dari katil..so adelah yang tdo bawah..aku duk bawah kipas ar..hujung dekat dgn dgn pintu..malam tu ade seorang peserta baru sampai and decide nak tdo sebelah aku..tapi kat bawah la..tempat aku ltak bag..

Malam tu sebelum tidur, aku tanya nama die, kira macam ice breaking ar..pastu tanya sekolah mane..tinggal kat mane..tapi siyesly x ingat name die..aku mmg susah nak ingat name orang..tapi aku tau die sekolah tahfiz..kira tgh hafal quran ar..die kate cuti stahun bape hari je..tu pun raye 2 hari je die kate..aku tanya nape x leh cuti lame? dia jawab, nanti budak2 lpe ar ape yang dierunk hafal.. (aku mula mengira 1-0) die hafal quran, aku surah pendek-pendek pun tergagap-gagap.

Die humble, lpak je tdo bawah..aku awal-awal lagi berebut nak tdo bawah kipas..(2-0) malam tu aku susah nak tdo..mula berfikir tentang kawan yang baru aku knal ni..kat sekolah dulu aku rase aku dah ckup hebat..sume aku nak, aku dapat..tapi ble dah kuar sekolah..sume tu macam x bermakne je..aku cuba ar nak cari benda yang aku lbey power dari die..pastu teringat aku power math..die x power..tapi..power math bley ke confirm aku masuk syurga..arhgh...aku tewas..

Malam esoknye aku sambung berbual lagi dengan kawan aku ni..aku cakap..bestla jadi hafiz..bley masuk syurga...die x bangga langsung..malah die jawab..hafiz ni kalau die lupa ape yang dia hafal..kat akhirat nanti kne hantuk kepala kat batu..pastu hantuk lagi..aku ingat lagi cerita die..aku tergamam..aku kalau orang puji..kompem rase happy dengan ape yang aku ade..aku tewas..(3-0) dah tiga berbalas kosong..

Aku mula rase x sdap hati..rase betapa empty nye hidup..tidak ade nilai..padahal umur dah 17 tahun..aku mula berfikir-fikir tentang mase hadapan kawan aku ni..die nanti nak keje ape..bley ke die survive?? emm..mase aktiviti kayak petang hari ke3..aku nampak parents kawan aku ni datang..ade mak, ayah and adik die..aku lalu ar sebelah family kawan aku ni..terkejut abes bila dengar die speaking English dengan family die..aktiviti kayak aku petang tu langsung aku x enjoy..(4-0) english aku dah la x ke mane..padahal umur kwan aku tyme tu baru 12 tahun..

Malam tu aku tanya la die..cam ne die leh speaking english dgn family? pastu die cakap dulu die sekolah kat US, sekalah rendah kat sane..(5-0) aku dah la x pernah g US walaupnu sehari..sekolah kat sane apetah lagi..(6-0) ar...die kate, lpas balik malaysia, die terus g sekolah tahfiz tu..aku tanya gak..ayah die keje ape..die cakap biznezman..pastu tetibe je aku rase die x perlu risau coz mesti die boleh teruskan perniagaan ayah die..jadi biznezman gak la..kompem dah ade keje..(7-0) aku ni xdela nak truskan biznez sesape..

habis je camp tu..aku rase persepsi aku dah berubah tentang sistem pendidikan di dunia ini. sekarang..hampir 20 tahun..x kerja2 lagi..masih belajar.. macam rase pemuda-pemuda disibukkan dengan ilmu duniawi semata-mata. Apabila sbut je belajar, semua boleh. Harap nanti aku bley jelaskan pandangan aku terhadap SEMUA BOLEH atas alasan belajar.

Semenjak hari tu, aku mula bertekad untuk keluar dari sistem pendidikan yang aku lalui sekarang. Aku dapat rase betapa indahnye hidup kawan aku yang aku jumpa tu..tapi, aku tiada pilihan..aku x mampu jadi seperti kawan aku itu..tetapi aku berdoa..generasi seterusnya, akan merasai jalan yang lebih bermakna. Menguasai bahasa di sana dan pulang ke tanah air untuk ke sekolah tahfiz..




Sunday, December 14, 2008

Ekonomi Malaysia (bahagian 2)

Sekarang ini dikatakan negara sedang mengalami masalah ekonomi, mungkin 2009 semakin teruk. Namun keadaan sebenar hanya diketahui oleh 'orang-orang penting negara sahaja'. Ada juga baiknya, masyarakat tidak panik. Semua dalam keadaan biasa. Yang kaya terus boros. Yang miskin papa kedana.

Teringat dulu Malaysia pernah melaungkan slogan 'Belilah Barang Buatan Malaysia', sangat setuju perjuangan tersebut. Namun apa jadi dengan pemimpin-pemimpin kita? Yang terbaru, kerajaan negeri Perak membeli Toyota Camry menggantikan Proton Perdana. Alasannya kos maintanance yang 'mahal'.

Itulah yang dikatakan dalam Ekonomi Malaysia (bahagian 1), apabila duit dibelanjakan ke luar negara, kitaran wang dalam negara akan berkurang. 3 juta dibelanjakan kepada Toyota. Entah bagaimana negeri Perak mahu mendapat untung dari Toyota sebanyak itu juga? Seluruh Malaysia kekurangan 3 juta. Semakin miskinlah negara. Itulah kerajaan negeri Perak. Bijak. Siapa pemimpinnya? Siapa yang memilih pemimpinnya?

Memanglah kos maintenance mahal, namun duit itu dipusing-pusing dalam negara sahaja. Kos maintenance untungnya kepada pekerja Proton. Orang-orang Proton berbelanja di Malaysia juga. Kalau orang Perak yang bekerja Proton, ke situ juga wang dibelanjakan. Cukai dibayar kepada kerajaan. Kerajaan bayar kos maintenance. Di situ kitarannya. Kalau beli Camry Toyota. Mana kitarannya? 'Luas' sungguh pemikiran pemimpin Perak.

Mungkin ada yang tidak setuju. Terpulanglah. Memang sekarang Malaysia tidak terasa impaknya. Namun, jika petroleum negara habis, akan berlakulah krisis keewangan. Namun saya pernah juga bertanya engineer Cari Gali Petronas tentang Reservior minyak negara, banyak jawab mereka. Namun, habis juga satu hari nanti- seperti bijih timah negara. Dahulu penjajah Inggeris menggali sampai habis. Terima kasih penjajah.

Wahai bangsaku, keadaan semakin tenat. Kita asyik berbelanja. Namun kepada mana wang itu mengalir. Beli barang dapur di Carefour. Carefour siapa punya? Beli laptop di Low Yard. Siapa taukeh Low Yard?. Beli kerete, beli motor di kedai mana? Pergi melancong dalam negara pun semuanya resort bukan orang kita. Lihat sahaja di bank-bank. Orang Melayu garu kepala duit gaji kerja kilang belum masuk. Orang C pakai seluar pendek dan singlet bawa berketul-ketul duit MALAYSIA simpan dalam bank. Duit dari mana lagi kalau bukan duit orang kita yang BIJAK berbelanja.