Tuesday, October 30, 2012

Kurus Sangat

"Makan lah banyak sikit, kurus sangat badan tu" ayat yang terngiang-ngiang di minda seminggu dua ini. Bukan nya aku tidak pernah cuba untuk menaikkan berat badan, tapi tidak semudah hanya dengan makan...banyak makan pun, seperti tidak ada kesannya.

Kebetulan pula, ada juga kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan supplement untuk membantu pertambahan berat badan. Inilah produknya!



Berjaya atau tidak, tunggu sahajalah hasilnya nanti.

Namun, apa masalahnya dengan menjadi kurus? atau kurus sangat? yelah..tidak sedap dipandang bukan? tidak macho/handsome seperti artis-artis? Pelik juga kadang-kadang sikap manusia. Terlalu memandang luaran semata-mata.

Lupakah kita kisah bagaiman Rasulullah S.A.W mengikat batu-batu di perut untuk menahan lapar? Bagaimana batu-batu itu bergeser antara satu sama lain sehingga para sahabat dapat tahu baginda berbuat demikian? Sedarkah kita amalan berpuasa digalakkan dalam Islam? Bukankah perut merupakan punca kepada banyak penyakit?

*mahu menjadi tough(tidak kurus sangat) supaya kalau perang boleh jadi hebat*
*tapi subuh pun kena bangun solat berjemaah juga untuk menjadi hebat*

Monday, October 15, 2012

Tahun ke 4

Alhamdulillah sudah tahun ke 4 aku bergelar pelajar perubatan. Nikmat yang Allah berikan ini bukanlah sedikit. Bayangkan yuran tahunan sebagai pelajar sahaja sudah RM90 000. Sekiranya biasiswa yg diberi tidak diperolehi, entah di mana aku sekarang ini. Alhamdulillah, alhamdulillah

Menjadi pelajar perubatan bukanlah sesuatu yg hanya tertumpu kepada pelajaran di universiti. Banyak lagi perkara yg perlu diberikan tumpuan dalam umur yang sebigini. Umur muda, umur kesihatan, umur kemampuan yg tinggi perlu digunakan sebaiknya. Antara aspek lain yg penting ialah kemahiran mengurus diri, komunikasi dengan masyarakat sekeliling, berfikiran matang dalam membuat keputusan dan menyusun keutamaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Semua ini tidak datang dengan sendirinya. Ilmu daripada bahan bacaan disertakan dengan kemahuan yg bersungguh adalah salah satu method yg boleh digunakan.
 
Mengambil contoh aspek menyusun keutamaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan; universiti baru-baru ini menggalakan pelajarnya membuat persatuan. Banyak persatuan baru ditubuhkan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Begitu juga lah pelajar-pelajar perlu mengisi jawatan-jawatan dalam persatuan dan seterusnya aktif menjalankan aktivi mingguan mahupun bulanan. Namun persoalannya, mampukan pelajar menyusun keutamaan dalam kehidupan seharian selepas ini? Tanggunjawab sebagai Muslim, sebagai pelajar, sebagai anak kepada ibu bapa, komitmen usrah dan sebagainya?

Tentulah menjadi cabaran yang hebat kepada pelajar amnya untuk kekal istiqamah dan juga berjaya mengambil tugasan baru. Semoga semunya diberi kekuatan oleh Allah untuk terus fokus dan tidak dibiarkan hanyut. Semoga tahun 4 ini tahun yang produktif.


Monday, April 16, 2012

Kembali Menulis

Cuti pendek seminggu mesti ku gunakan sebaiknya. Getus hatiku.

Melihat wajah ibu bapa di rumah serta membahagiakan mereka adalah kemestian. Allah jelas menyuruh di dalam surah Lukman. Ibu dan ayah yang sudah lanjut usianya memerlukan perhatian yang berbeza daripada sebelumnya. Aku sudah dewasa. 23 tahun ini. Walaupun masih belajar tambahan pula anak bongsu dalam keluarga, menjadikan aku lalai dan leka dalam menjaga mereka. Kini titik perubahan sedikit telah berlaku. Tidak lagi mengharapkan pemberian dari mereka, malah aku mula memberi. Semoga Allah memberikan aku istiqamah.

Sempat juga melawat kolej tempat aku menuntut ilmu sebelum memasuki alam universiti. Bersua muka dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu. Berkongsi cerita dan pengalaman. "Sekarang sudah tidak menulis?" "Tidak lagi membaca novel-novel melayu?' Persoalan yang dilontarkan tepat ke arah benak fikiranku oleh cikgu sastera melayu. Kononya terlalu sibuk. Namun, motivasi yang kurang kurasakan. Kini aku kembali menulis.

Menutup cuti ini, aku dan kawan-kawan tekad memasuki pertandingan futsal muslim di Johor. Bola antara sukan kegemaran. Islam pun meggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalah 1 menang 2, dan berakhir di tempat ke 3 dalam kumpulan. Walaupun kami kecewa dengan keputusan itu, namum semuanya mesti ada hikmah. Mungkin perlu lebih latihan untuk perlawanan seterusnya.

Cuti pendek yang penuh bermakna buat diriku.