Friday, December 31, 2010

Tahun Terakhir di UK

Gambar bersama kumpulan Khalid semasa JUMS 2010


Mengenangkan ini adalah tahun terakhir di UK, segala-galanya begitu bermakna buat diri ini. Daripada langkah-langkah kaki ke masjid, bandar mahupun university, makan di kedai Pakistan, bermain futsal dengan pakai glove! sehinggalah masak di dapur untuk ahli rumah...

Entah kenapa begitu sensitif...

Apatah lagi memikirkan diri ini akan meninggalkan Newcastle yang menjadi medan dakwah ku selama setahun lebih ini...apa yang telah aku lakukan? apa yang tinggal? bagaimana suasana islam di kalangan pelajar saat ini? apa yang mereka impikan? adakah sama agenda hidup mereka dengan agenda Islam?

Penat berfikir..penat berusaha..tapi tidak penat mengharap pertolongan Allah..

Akan aku gunakan saki baki masa yang ada untuk membina Generasi yang memahami Islam secara syumul..hidup berteraskan AlQuran dan Sunnah..bercita-cita hidup mulia sebagai Islam atau mati dalam syahid...

tetapi aku tidak mampu melakukan semua ini seorang diri lagi..

ternyata aku memerlukan pemuda-pemuda yang memahami agenda Islam. pemuda yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi Islam..ya..aku memerlukan kau sahabat ku..kau yang sedang membaca entry ini..aku tahu kau selalu membaca apa yang aku tuliskan..

moga tahun terakhir aku di UK ini menjadi memori indah untuk aku selamanya.

Thursday, December 2, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Beberapa hari sebelum ulang tahun peristiwa Hijrah yang penuh bermakna. Terdapat berbagai-bagai episod cerita yang boleh kita ambil pelajaran. Ini terbukti apabila ceramah Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun tidak pernah membosankan, malah penceramah hari ini bijak membawa kisah-kisah yang menarik.

Namun realitinya, bagi seorang pelajar yang disibukkan dengan jadual kelas, assignment, exam dan sebagainya, di ruang sudut mana kisah hijrah dapat diadaptasikan dalam diri? Sejauh mana diri kita bersedia menjadi pemuda-pemuda muslim yang bersedia menanggung beban dakwah ini?

Kisah Hijrah penuh dengan babak-babak perancangan yang rapi, pengorbanan, taat dan patuh perintah Allah, pergantungan diri terhadap Allah yang maksimum dan persaudaraan. Sepatutnya, babak-babak itulah memenuhi agenda hidup kita menjelang tahun baru ini.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah. Ke arah yang lebih baik. Mencari keredhaan Allah semata-mata. Bukan mengejar pangkat, harta dan nama di dunia ini.

Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Salam Maal Hijrah 1432