Friday, December 9, 2011

Monolog Dalaman


Sebelum ini ketika mendengar berita sahabat terdekat akan berkahwin, saya terasa 'berat' di hati dan terfikir; "die dah nak kawin dah, aku bile lagi.." Ditambah pula dengan persoalan-persoalan rakan-rakan yang lain tentang perkahwinan. Tapi hakikatnya, kita mempunyai jalan hidup yang tersendiri. Usah dibanding-banding dengan orang lain, kerana Allah telah merancang apa yang terbaik untuk kita. Lampat atau cepat; tak menentukan baik atau buruk. Yang penting, atas dasar apa pernikahan itu berlangsung.

Mendengar khabar beberapa sahabat terdekat akan berkahwin tak lama lagi, saya ucapkan, "Tahniah, dan selamat berbahagia hingga ke akhirnya". Hati rasa lapang dan indah, sabar menanti saatnya tiba nanti. :) via Hazim

Friday, July 8, 2011

'Inti' seruan dakwah ini sudah ditetapkan, sebagaimana Allah tetapkan putaran planet-planet di paksinya. Itulah sunnah Allah.

Pabila meneliti dengan penuh rasa tanggunjawab dan cermat akan siri perjuangan para anbiya melalui kitab 'Qasasul Anbiya' ", karangan Imam Ibn Kathir, saya terpegun akan 'inti' perjuangan mereka.

Para Anbiya' tidak berijtihad dlm 'inti' seruan perjuangan mereka. Tidak ada ruang ijtihad di situ. Seruan mereka jelas dan terang. Seruan agar manusia menjadi hamba ('ubudiyyah) kepada Allah s.w.t. Tunduk kepada Allah sebagai Robb dan melaksanakan syariat yang telah diperintahkan Allah s.w.t. Inilah seruan yang dirakam berulang kali di dlm Al-Quran...melalui lisan para Anbiya a.s.

Kaedah untuk sampaikn seruan itu...mungkin boleh ikut kreativiti dan akal fikiran. tapi..'inti' seruan itu harus tetap dan tidak berubah.

Kerana itu, pd saya, sebagai seorang muslim, kita harus (bahkan wajib) insaf dan muhasabah diri kita. Kita perlu faham tentang sunnah Allah dalam perjuangan para Anbiya'. Ia bukan perjuangan biasa. atau berbentuk hobi...atau ikut trend semasa. Ia berkait langsung dengan Aqidah kita sbg seorang Islam. Allah s.w.t tidak jadikan Islam sebagai agama yangg boleh duduk sama rendah dengan agama/ideologi lain..atau diri sama tinggi dgn mereka, tidak...Allah sudah meletakkan hanya Islam yang akn jadi 'satu-satunya' agama penyelamat di sisi Allah.

Jika kita fahami dengan baik dalam mendalami sirah Rasulullah s.a.w , 23 tahun umur dakwah kenabian Rasulullah s.a.w bukan sekadar perjuangan utk 'meruntuhkan' sistem yang zalim semata-mata..tapi yang lebih utama ialah 'sistem' apakah yg akn menggantikn kezaliman itu.

Kerana itu..apabila tawaran datang daripada Quraisy datang kepaad Nabi s.a.w...Nabi tolak dan tidak kompromi. Kerana syaratnya ialah meninggalkan...atau menukarkn 'inti' seruan dakwah Rasulullah s.a.w ke rupa, bunyi, warna yg lain. yang tidak sama sebagaimana yang Allah ingini.

Sunday, May 1, 2011

Haramain - Mekah & Madinah (Bah 1)

Ribuan umat Islam berada di Masjidil Haram setiap hari sehinggakan kita berasa begitu kecil (gambar dari Muzium Haramain)


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah pada 17-27 April yang lalu. Tiada lain yang ku pohon melainkan Allah S.W.T menerima kunjungan ku dan memberi peluang pula untuk melaksanakan ibadah haji (rukun islam yang ke-5)

Begitu banyak peristiwa menarik berlaku sepanjang ziarah, rehlah dan ibadah di sana. Setiap satunya memberi pengajaran yang cukup besar bagi diriku. Di sini aku ingin kongsikan beberapa perkara:

1. Bahasa arab: begitu penting untuk menguasai bahasa arab apabila berada di Mekah dan Madinah kerana bukan sahaja dapat memahami bacaan imam yang begitu sedap, tetapi dapat juga berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Sungguh segan diri ini rasanya apabila setiap kali sebelum solat jenazah, terpaksa bertanya makmum disebelah: Jenazah lelaki atau perempuan? Nak bercakap dgn makmum sebelah pun agak sukar! Ada sekali di Mekah, Imam memberi pengumuman untuk melakukan solat minta hujan, ada la sikit faham apa Imam cakap tetapi kami semua terlepas waktu dan hari solat minta hujan tersebut.
Namun bahasa-bahasa lain juga boleh dipelajari untuk komunikasi terutamanya Turkish dan Urdu, terdapat ramai umat Islam yang ingin bercakap dengan warga Malaysia =) tetapi akhirnya tidak dapat berkongsi cerita kerana halangan ini.

- Walaupun ada masalah komunikasi, tetapi hampir setiap hari kami berpeluang untuk berkomunikasi dgn umat Islam dari negara yang lain antaranya:

1. Turkish: "Berapa peratus umat Islam di Malaysia berbanding Christian?" Orang turki ini menunjukkan jari-jarinya untuk menunjukkan simbol percentage. Kami menjawab 60-40%. Tetapi bukan didominasi dgn Christian, ada juga Buddha dan Hindu.

2. Pakistani: "Tolong doakan supaya pemerintah di negara kami bertukar dan menjadi lebih baik" Begitu juga negara kami di Malaysia. Kita sama-sama membentuk individu, keluarga, dan masyarakat Muslim kemudian menggantikan dengan generasi sekarang dengan generasi harapan yang baru!

3. Iran sebelum solat Jumaat: "Saya pernah pergi ke Kuala Lumpur, negara yang bagus" Kenapa Pak Cik nampak berbeza dengan Iran-iran yang lain (Pak Cik ni nampak macam sunnah wal jemaah kerana Iran yg lain jelas syiahnya)

4. Madinah dalam masjid Nabawi: "Begitu bagus pemuda (syabab) datang ke sini" Aku tidak mampu menjawab apa-apa.

5. Mesir: Saya pernah pergi ke Mesir! Mubarak dah jatuh! "Alhamdulillah, Hayyu Asyir?"

6. Chef di hotel di Madinah, Indonesian. "Hanya pakcik dan isteri disini, 5 anak kami di Indonesia belajar. Tiap bulan kami menghantar wang untuk mereka belajar"Panjang cerita pak cik ni..tapi pengorbanan beliau begitu besar sehingga sama teringat pada cerita KCB (Ketika Cinta Bertasbih)

7. Chef di hotel di Mekah, Thailand. "Saya belajar di Mesir, sekarang hanya kerja part time di Mekah. Lahirnya disini."

8. Driver bus ke Gua Thur: "Macam mana la kamu semua nak daki ni? Panas ni? (Jam 3 petang)." Kami syabab! "Sah" Saya cakap arab sikit je (Ana bittakalim arabi syiwaya). "Bagus! Saya cakap Melayu sepatah pun x tahu!"

9. Berpeluang juga membantu pengawal-pengawal Kaabah untuk menyuruh jemaah clearkan Kaabah, Hijir Ismail sebelum solat! "Ba'da namaz insyaAllah" "Ya Haj/Hajjah, imsyi!"

10. Ada lagi bertaaruf dgn umat Islam yang lain terutamanya ketika di dalam saf sebelum solat. Jadi tips yang saya ingin kongsikan ialah kuasi lah beberapa bahasa dan duduk di saf hadapan, ada banyak peluang kita boleh bertaaruf!

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13, mafhumnya ;

“Wahai manusia, sesungguhnya kami telah ciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-puak agar kalian saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”