Wednesday, December 30, 2009

kawan yang menjadi pemuda (syabab)

Antara bahagian yang masih diingati dalam talk Dr Suwaidan ialah bagaimana suasana pemuda disebuah negara Islam menentukan kekuatan negara tersebut...

Perisik itu pun keluar di waktu malam dan berjumpa seorang pemuda yang menangis lalu bertanya apakah sebabnya, pemuda itu menjawab, "ibuku tidak membenarkan aku berperang sebelum aku menghafal Al-Quran." Perisik itu pulang dan memberitahu rajanya bahawa sekarang belum masanya untuk menyerang negara islam tersebut.

Berikutnya perisik itu datang lagi dan berjumpa seorang pemuda yang sedang menangis di waktu malam, perisik itu pun bertanya apakah sebabnya, pemuda itu menjawab, "aku menangis kerana ibuku tidak membenarkan aku berkahwin dengan hamba keluargaku" Perisik itu pulang dan memberitahu bahawa telah tiba masa untuk menyerang negara Islam tersebut.
Pemuda merupakan salah satu aset negara yang amat penting. Sudah terlihat di hadapan mata bagaimana Islam telah merubah kawan-kawan menjadi pemuda Islam yang sangat diperlukan ketika dunia tanpa sistem khilafah.

Alhamdulilah atas pertemuan yang Allah berikan. Moga ini terus menjadi motivasi kepada diri ini untuk sama-sama memacu Islam pada masa akan datang.