Wednesday, December 30, 2009

kawan yang menjadi pemuda (syabab)

Antara bahagian yang masih diingati dalam talk Dr Suwaidan ialah bagaimana suasana pemuda disebuah negara Islam menentukan kekuatan negara tersebut...

Perisik itu pun keluar di waktu malam dan berjumpa seorang pemuda yang menangis lalu bertanya apakah sebabnya, pemuda itu menjawab, "ibuku tidak membenarkan aku berperang sebelum aku menghafal Al-Quran." Perisik itu pulang dan memberitahu rajanya bahawa sekarang belum masanya untuk menyerang negara islam tersebut.

Berikutnya perisik itu datang lagi dan berjumpa seorang pemuda yang sedang menangis di waktu malam, perisik itu pun bertanya apakah sebabnya, pemuda itu menjawab, "aku menangis kerana ibuku tidak membenarkan aku berkahwin dengan hamba keluargaku" Perisik itu pulang dan memberitahu bahawa telah tiba masa untuk menyerang negara Islam tersebut.
Pemuda merupakan salah satu aset negara yang amat penting. Sudah terlihat di hadapan mata bagaimana Islam telah merubah kawan-kawan menjadi pemuda Islam yang sangat diperlukan ketika dunia tanpa sistem khilafah.

Alhamdulilah atas pertemuan yang Allah berikan. Moga ini terus menjadi motivasi kepada diri ini untuk sama-sama memacu Islam pada masa akan datang.







Monday, November 30, 2009

Winter Break

 

countdown yang semakin hampir! memang seronok apabila memikirkan cuti akan menjelma tidak lama lagi. Apatah lagi kali ini merupakan cuti panjang pertama bagi pelajar-pelajar Europe yang baru sampai September lalu.

Mana tidak seronoknya, apabila meninjau-ninjau Facebook rakan-rakan, masing-masing sibuk menempah tempat tinggal dan mahu menumpang di rumah kawan mereka sepanjang cuti. Ada juga yang sudah merancang perjalanan sehingga ke Spain, Turkey, Morocco, France dan German. Hebat!

Ada yang di Ireland mahu ke UK dan semestinya yang di UK nak ke Ireland. Pelajar-pelajar Czech juga tidak ketinggalan! UK dan Ireland mereka akan jejaki. Sudah tentu selepas cuti ini, beribu-ribu gambar di Facebook akan di upload. Dengan kebanyakannya sudah ada camera compact mahupun SLR, tanpa berjalan jauh pun, semua orang boleh melihat Europe di hujung jari. Globalisasi. Comment-comment juga akan berpanjangan seminggu dua.

Entah kenapa aku memilih Dublin untuk tempat pertama kulawati. Mungkin setelah kecewa dengan masyarakat melayu Islam di UK yang tidak bekerjasama, cantas mencantas, tidak berlapang dada dan taksub. Aku membawa diri ke Dublin untuk melihat bakal-bakal doktor yang kebanyakan nya juga dari KMB, tempat ku belajar sebelum ke Newcastle.

Direct Ryan Air Flight Newcastle-Dublin

Kedatangan rakan-rakan dari Cardiff juga akan menjadikan lawatan lebih bermakna. InsyaAllah satu dua program boleh dijalankan bersama Dubliners. Perkongsian pengalaman UK-Ireland sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Katakan (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu" Al-An'am Ayat 11

Moga kepada rakan-rakan dan diri ini sendiri, ayat ini boleh kita jadikan panduan agar cuti kita ini menjadi terbaik. Cuti yang berpandukan ayat AlQuran. Cuti yang mengikut perintah Allah. Bukan sekadar cuti untuk bergembira, mengambil gambar dan tag di facebook.

Selamat bercuti!

p/s: jgn overspend. kalau mara masuk duit lambat nanti, menyesal.


Tuesday, November 24, 2009

Seindah Kenangan Pertama

Entah bila ia meresap ke dalam minda, entah bila mula berfikir dan entah bila aku dapat merasakannya. Tetapi apa-apa sahaja yang pertama membuatkan sesuatu itu istimewa. Mungkin semua orang tidak merasakannya tetapi mungkin juga ada orang yang perasan keindahan merasai yang pertama itu.

Menjadi batch pertama di bangunan baru SDAR di Seremban.
Menjadi batch pertama Newcastle Malaysia (Numed).

dan...

menjadi pertama dalam Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk Disember ini. JUMS insyaAllah akan dirasmikan oleh Mufti Negeri Perlis, Dr Juanda.





Friday, October 30, 2009

Melengkapkan Kehidupan

Setiap hari ada sahaja aku merasakan hendak mencari sesuatu untuk melengkapkan kehidupan ini. Nak beli basikal lah, nak beli phone mahal-mahal la, nak beli baju baru lah, uish..pendek kata, mesti la nak beli semua benda supaya hidup ini lengkap. Tidak perlu bergantung lagi pada orang lain.

Tapi, lengkapkah kehidupan kita selepas proses ini?

Kenapa tidak pernah rasa lengkap?

Ada ke orang yang sudah merasa lengkap? Nak jumpa la dia.

Pada satu tahap, memang terasa penat dengan kehidupan duniawi ini. Dunia sentiasa update dan mengupdatekan diri dengan kecanggihan dunia merupakan hampir satu kemestian bagi ramai orang. Kadang-kadang, tidak ada account facebook pun rasa hidup tidak lengkap.

Seronoknya menjadi orang yang lengkap. Tapi dimanakah orang itu. Dimanakah jiwa yang bebas dari nafsu duniawi. Bolehkah aku sempat berjumpa dengannya dan meminta tunjuk ajar sebelum nafas terakhir aku hembuskan.

Ya Allah, kuatlah iman diri ini untuk selalu bersyukur dengan nikmatMu. Sungguh banyak yang Engkau berikan. Kau berikanlah rasa kecukupan dalam diri ini dalam hal keduniaan. Berikan lah aku rasa tidak cukup untuk beramal. Amin.

Tuesday, October 27, 2009

Convert


Alhamdulilah setelah sebulan lebih sampai di bumi UK ini, sempat juga akhirnya untuk berkongsi sedikit pandangan, pendapat atau idea tentang isu convert ini...dalam kita mencari penyelesain terbaik dalam hidup..perlulah menimbang sesuatu perkara dari pelbagai sudut...agar pertimbangan itu tidak dianggap berat sebelah atau bahasa orang UK ialah bias...

tv flat screen...murah dari malaysia sama ada convert ataupun tidak..

Ketika awal-awal sampai disini, terus sahaja otak ini meng"convert"kan value matawang setiap kali melihat tanda harga di kedai-kedai...mulut pun mengeluarkan kata-kata..

"mahalnya"...malaysia lagi murah kot...

sesetengah mulut kawan pula membalas..

"xyah la convert"..

"matilah kalau macam tu"...."satu apa pun tak beli"...

jadi perlu ke tak perlu convert ni? munculah satu persoalan yang timbul di benak fikiran..


factory outlet store...

Bila kita perlu convert:

1. Bila hendak beli barang yang akan dibawa pulang ke Malaysia...contohnya kereta la paling murah..convert pun still jauh lagi murah dari kereta di malaysia..

2. Bila duit dalam bank dah tidak banyak...kalau x convert, nafsu berbelanja terus tinggi...salah satu nak kawal ialah dengan teknik convert ini...

3. Bila nak kira berapa banyak duit rakyat yang kita guna...kalau fikir 600 sebulan duit rakyat kita guna..tidak terasa banyak..tapi kalau fikir 3600 duit rakyat kita guna sebulan..moga memberi sedikit kesedaran..kalau tidak sedar lagi...memang hati dah mati..


salah satu basikal..72 pound= RM 432..murah ke mahal..

Bila tidak perlu convert:

1. Bila memberi sedeqah di masjid, orang-orang tepi jalan yang main muzik, orang yang datang ketuk rumah dan sebagainya...jangan pula bila bab sedeqah..terus kita convert...1 pound cukup kot...6 ringgit tu..kat malaysia sedeqah 5 ringgit je kot seminggu...cuba lah sedeqah 5 pound jugak..jgn convert...

2. Bila berkaitan dengan pelajaran...contohnya membeli alat-tulis, ink printer dan sebagainya...duit yang diberikan sememangnya untuk belajar...

3. Untuk mujahadah...pergi program winter gathering or pergi merapatkan ukhwah antara kita...insyaAllah itu ada ganjaran besar dari Allah...

Saturday, September 12, 2009

iMedic 2009

11 September 2009 - Alhamdulilah iftar medic muslim berjalan dengan lancar. Di sini disertakan beberapa gambar untuk kawan-kawan yang tidak sempat hadir.


Azizi bertanya soalan....


Dr Z menjadi moderator...


Ahli panel berkongsi pengalaman...


Imran turut serta....


dan Helmi juga tidak ketinggalan...


Saturday, September 5, 2009

Iftar Medic Muslim

Mari bersama menjelajahi dunia medic yang bakal kita tempuhi. Menjadi doctor, adalah impian ramai orang. Tetapi menjadi doctor Muslim, adalah pilihan yang lebih baik.

Monday, August 31, 2009

Kereta


Assalamualaikum w.b.t

Ke hadapan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Bersyukur kepada tuhan sekalian alam, di kesempatan ini kita masih diberi peluang untuk hidup. Pertama-tamanya saya memohon maaf sekiranya tidak dapat menghantar anda semua fly dan sebagai ganti diri, entry ini khas buat kalian semua.

Kereta yang kita pandu hampir 20 tahun telah melalui jalan-jalan yang berbeza. Ada kereta yang masih baik, masih sedap dibawa dan tidak lupa ada juga yang perlu di hantar ke bengkel. Jalan pula sudah tentu tidak sama bagi setiap individu. Ada jalan yang sukar, berlubang, jalan yang sempit dan ada juga jalan highway yang lurus dan lebar.

Selepas melalui jalan ini, kita akan membawa kereta kita juga ke destinasi yang berbeza. Australia, New Zealand, India, UK, Republik Czech, Ireland, US dan sebagainya. Destinasi yang agak jauh dari kilang kereta kita dihasilkan. Namun dikesempatan ini, apa yang saya mahu perkatakan ialah siapa yang ingin kita bawa dalam kereta kita?

Dalam kembara 20 tahun ini, mungkin kita telah mengambil beberapa penumpang. sama ada kita sedar ataupun tidak. Sang Harta. Sang Teman Hidup. Sang Pangkat. Sang Dunia. Jadi, adakah kita telah membawa Sang Islam? kerana di akhir perjalanan kereta kita nanti, Polis Izrail akan menahan kereta kita.

Bolehkah penumpang kita menyelamatkan kita? Tidak! hanya Sang Islam yang bakal membantu. Di tol terakhir, hanya ada dua laluan. Parking di neraka atau pun parking di syurga. Tiada u-turn. Ada diceritakan dalam manual penggunaan kereta, ada kereta nak u-turn , tapi engineer kereta tidak memberi peluang lagi.

Kawan-kawan sekalian,

Bagaimana kalau kereta kita sudah penuh? tukarkanlah penumpang-penumpang kepada Islam. Dengan harta, kita boleh bersedekah. Dengan ilmu kita boleh berbakti. Dengan dunia kita boleh niatkan untuk akhirat. Boleh juga upgrade kereta kita kalau kita mampu. Belilah MPV atau bas. Bawalah Islam sebanyak-banyaknya sebagai penumpang.

Janganlah kereta kita cuba menjauhi dari penumpang Islam ini. Saya begitu risau terhadap diri saya sendiri dan kawan-kawan semua apabila ada mendengar khabar, ada kereta mengunci dari dalam apabila sang islam ini mahu masuk ke dalam kereta mereka. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Akhir kata ingin saya nyanyikan lagu kereta yang cukup popular pada masa saya kecil-kecil dahulu...

"ayah ku pulang dari kota,
ayah ku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa ke sekolah.

pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik,
boleh ku bawa jumpa nenek"


Tuesday, August 25, 2009

Tunang


Perkenalan dengan dirimu hanyalah bermula selepas SPM. Biasalah umur-umur 17 dan 18 tahun, keinginan untuk berteman, untuk berkasih membara di hati. Setelah hampir 2 tahun mengenali dirimu. Kini tiba kepada peringkat seterusnya. Pertunangan.

Di kolej pun aku selalu berjumpa denganmu. Terutamanya pada hujung minggu. Waktu rakan-rakan sibuk berehat, aku sanggup menemui mu di kelas, rumah sewa dan surau. Tapi maaf pernah juga aku tertidur ketika temu janji kita. Moga dirimu tidak terasa hati.

Agak berat untuk melangsungkan majlis ini di bulan Ramadhan. Apatah lagi dengan urusan pelajaranku yang belum selesai. Tetapi perasaan cinta di dalam hati tak dapat dibendung lagi. Setiap hari asyik memikirkan dirimu. Terbayang wajahmu.

Tunangku, ingin sahaja aku terus menikahi mu dan menjadikan kau isteriku. Tetapi masa yang singkat kita berkenalan ini kurasakan tidak cukup. Kita perlu lebih kerap berjumpa agar kita akan lebih serasi kelak.

Aku pun belum bersedia untuk menjadi sang suami yang baik padamu. Terlalu banyak kelemahan pada diri ini. Bangun lambat, tidak pandai masak, kerja pun belum. Apatah lagi dalam bab agama. Kalau solat berjemaah nanti bila sudah berkahwin, surah Ad Duha dan Al Insyirah yang aku akan ulang-ulang. Sudah tentu dirimu akan jemu. Itu sahaja yang aku hafal.

Tunangku, aku juga pernah menduakan dirimu sebelum ini. Aku hanyalah lelaki biasa yang tergoda dengan pujukan rayu yang sering menerpa. Tetapi percayalah, aku akan berusaha menumpukan sepenuh tenaga, masa dan wang untuk dirimu sahaja kerana i love u so much.

InsyaAllah akan ku bawa dirimu untuk ke tempat belajar aku nanti. Janganlah engkau risau. Hal-hal penginapan dan sebagainya sudah diatur. Bagilah diri ini peluang untuk belajar menjadi suami.

Berilah masa setahun dua untuk aku bersedia menerima mu wahai tunangku dakwah.


Friday, July 17, 2009

Kemalangan

Hari ini abang Salihin (abang ke-2) akan bertunang di Simpang Renggam, Johor. Setelah semua persiapan kami sekeluarga menaiki dua buah kereta bertolak dari rumah dalam jam 9 pagi. Emak menaiki kereta yang abang Salihin sewa bersama 7 dulang hantaran manakala aku bersama Abah, Kak Yan (akak ke-4) dan Yati (anak saudara) dalam kereta Mitsubishi Abah.

"Zaid meh naik kete dgn mak" pelawa emak sebelum perajalanan.
"xnak la, kete tu xde radio" jawab aku.

Perjalanan dari Pahang ke Johor dengan kelajuan 90km/j mengammbil masa lebih kurang 6 jam. Sudah menjadi kebiasaan aku akan tidur di tgh perajalanan.

***

Apabila ku sedar, aku terbaring dan abah sedang menangis di sebelah.

***

Aku sedar kali ke 2 ketika berada di bawah lampu bilik emergency. Ramai manusia berpakaian putih di sekeliling.

***

Sedar kali ke 3 ketika badan terasa lenguh dan penat. Aku menjerit "mak" berulang-ulang kali. Nurse datang dan mengurut belakang aku.

***

Aku sedar aku sudah berada di wad kanak-kanak. Mak sedang mengelap badanku. Mak membasuh rambut ku yang penuh darah kering.

***

Aku terjaga. Mak tiba-tiba menutup tirai katil. Aku terdengar pesakit katil hadapan meronta-ronta. Kemudian terdengar bunyi bising. Kemudian senyap. Ajal nya telah tiba. Doktor telah memberi bius berlebihan kepada kanak-kanak yang sawan.

***

Aku dibawa pulang. Tidak bersekolah selama beberapa minggu. Kepala botak sebelah. Kesan jahitan di muka dan kepala kekal hingga hari ini.

"mak dah pesan, naik kete dgn mak,zaid xnak" itulah ayat mak berulang-ulang kali terngiang di telinga sampai hari ini walaupun sudah 10 tahun perkara itu berlaku.

Friday, July 10, 2009

KMB in memory

Ada beberapa perkara yang sampai sekarang still segar dalam ingatan bila sebut KMB.

1. Roomate dengan Nabil Aiman. Banyak mengajar aku hidup bersederhana. Tapi kejap je, pastu aku pindah sebab barang aku and Nabil byk sgt. So need more space.

2. Jadi Penghulu. No comment. Tapi Amal(senior) pernah jmpe aku time camping just before masuk KMB. tu la reason die Amal pilih.

3. Kene grounded 1st weekend kat KMB. Time tu beli hadiah untuk orientation week. Awal2 dah kne. Tapi lepas tu x pnah kne sampai abes KMB. huh..

4. Dapat "wish" yang dalam belon. Huhu..ade sorang tu wish ape ntah. Lpas tu kertas wish tu aku ltak kat atas meja study sampai abes KMB. Anyway Thanks.

5. M07E. Yela, mmg la xleh lupa kelas paling bising. Tapi, kelas sebelah pulak yang kene marah sebab bising. Sorry la ae..

6. Cikgu Hazlina. Cikgu Chemistry. Juga mentor. Kat SDAR dulu pnah jgk baik dengan sorang ckgu, tp time Form 5, so plan nak baik dgn cikgu ni sejak awal la. Tapi pastu dia pindah. Sedih amat sangat.

7. MPP and BERKAT. Duit yang simpan dalam loker nasib baik xpernah hilang. Baik-baik je sume budak KMB.

8. Mak Cik DS yang garang tu. Perh...xberani nak mintak ayam yang besar-besar sket. Kalau ade dua kaunter, mesti pilih yang bukan Mak Cik tu. waa.. takut sampai skrang kot.

9. Cikgu EE. Madam Anita. Proposal punyalah hantar awal. Pastu mulalah episod lari dari Madam. Budak2 kelas jadi mangsa spy time jalan nak g ds atau balik. Xberani woo...tapi last skali tewas gak ble Madam hantar nama EE bdak2 yang lambat.

10. Puan Raja. Ajar Malay. Love Guru. Sangat hebat mengajar tentang cinta dalam kelas. Ayat yang xleh nak lupa.."percintaan x semestinya berakhir dgn perkahwinan"...Cikgu ni membuatkan aku sangat suka subjek Malay. Caring. Awal2 tu dah reserve nak buat EE dgn dia, pastu bila aku pilih English, die tanya asal xamek malay. Emm..best ar cikgu nih..time exam, cikgu ni ar tempat aku mengadu. Patutnye consult ckgu Math, tapi pergi jmpe ckgu Malay. Pernah gak escape kelas Business semata-mata nak ty prediction dari ckgu ni.

11. Naim Zin. Entah macam mana die boleh wujud. Mase year 1, slalu pinjam laptop die maen game kat bilik Ezwan. Pastu, time year 2, die duduk bilik sebelah bilik aku. Men game gak la sampai abes KMB. Even minggu exam. Naim nih sume barang ada. Macam poket Doremon. huhu..

12. Hafiz, Chem. Bdak Langkawi yang yang selame-lamenye Langkawi. Ni la kawan paling jemu. Pergi mana-mana pun dgn dierunk. Tapi banyak tolong aku survive IB.

13. Ili Syakira. Satu IRP sejak semester 1. Ckgu Surinam yang semangat IRP menyebabkan ade IRP dari awal. Satu group gak time BTN. x boleh terima akal.

Setakat ni dulu..di kesempatan ini, nak memohon maaf kepada sume warga KMB kalau tersalah bicara, terkutuk terasa hati, tersasul ataupun apa-apa sahaja. Kalau ade ape-ape hutang ke janji atau ape sahaja sila kemukan. Semoga perkenalan ini satu permulaan.

Maaf juga kepada mereka-mereka yang tidak disebut nama.





Saturday, June 13, 2009

Pengalaman Pertama

Jarang sekali tidur awal pada hari cuti. Ada sahaja keinginan yang dilakukan terutamanya menghiburkan diri dengan menonton cerita atau online. Namun entah mengapa satu hari aku tidur awal dan esoknya bangun menunaikan solat.

Pagi itu tiba-tiba hati tergerak untuk pergi ke taman bersama-sama 3 orang anak saudara yang pagi-pagi lagi sudah bising mengajak pak sun nya menemani mereka. Along (10 thn) membawa Ammar (5 tahun) menaiki basikal. Manakala aku dan angah (8 tahun) bermain bola.

Sedang seronok-seronok mengajar Angah cara menyepak bola, tiba-tiba Angah menunjukkan najis yang telah dipijak. Ya Allah, siapa yang memijaknya? detus hatiku. Segera aku melihat tapak selipar. Wargh..lega..bukan aku yang kene. Aku cuba menenangkan diri. Menyedapkan hati bahawa bukan aku yang kene najis mughalazah itu.

Alamak! itu baru kaki kanan! Aku segera melihat kaki kiri setelah terlupa untuk memastikan tiada najis di situ.

memang sah ada.

Aku meyakini itu najis anjing kerana mmg taman ini sering dikunjungi pemilik-pemilik anjing. Di depan anak-anak saudara aku, aku panik.

Setelah 20 tahun berada di dunia. inilah kali pertama untuk mengamalkan ilmu samak yang aku pelajari ketika darjah berapa pun aku x ingat!

Aku berjalan mencari paip air di taman itu. malangnya semua tiada kepala paip. Mungkin untuk mengelakkan kecurian air agaknya.

Anak saudara aku mencadangkan supaya menggunakan tandas di pondok jaga. Aku menolak. ego bapa saudara yang jarang sekali mendengar nasihat anak saudara nya itu. Mungkin tidak pernah mendengar sebelum ini.

Akhirnya aku akur. tidak mahu aku pulang ke rumah dgn bernajis. lagipun paip berada di dalam rumah. kotor pula rumah nanti. Aku masuk ke tandas dan menyucikan sekali dengan air paip. kemudian aku keluar dan mengambil segenggam tanah di kawasan pokok bunga, dan meyediakan air bercampur tanah. Aku cuci sehingga yakin bersih. Kemudian aku basuh dengan air paip sebanyak tujuh kali.

Gementar, cuak, takut. itulah perasaan sebenar. Sukar digambarkan.

Thursday, June 11, 2009

Iman Turun dan Naik

Indah sungguh perasaan bila iman sedang tinggi. Ketenangan hati meredakan nafsu yang tidak pernah puas dengan kehidupan duniawi. Sejak bangun tidur di pagi hari sehingga melelapkan mata, kita bekerja keras untuk memastikan apa yang dikehendaki tercapai. Kemahuan yang menguasai diri menggerakkan anggota badan melakukan apa sahaja.

Manusia tidak lepas dari menjadi hamba. Perhambaan merupakan sifat semulajadi dalam manusia yang tidak mampu dihapuskan sama sekali. Namun perhambaan setiap manusia itu ternyata berbeza sama sekali.

Hamba kepada Allah

Hamba kepada syaitan

Hamba kepada nafsu

Hamba kepada wanita atau lelaki

Hamba kepada bola

Hamba kepada game

Banyak lagi untuk disenaraikan. Secara mudah, boleh dibahagikan kepada dua. Hamba kepada Allah atau Hamba kepada selain Allah. Manusia diberi peluang untuk memilih. Namun setiap pilihan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Dalam meniti hari-hari perjuangan yang sukar terutamanya ketika cuti ini, kerinduan terhadap suasana bersama kawan-kawan di tempat pengajian singgah di ingatan.

Walau apa pun, kita hendaklah sentiasa berdoa, dimatikan ketika iman sedang memuncak hosnul khotimah. Amin. 

Aku mencintai perasaan ketika iman kukuh di dada.

Sunday, March 22, 2009

Ulang Tahun Kelahiran

Kesejukan tidur di ruang tamu membuatku terjaga…dah 6.30 pagi rupanya..bingkas ku bangun membilas wudhu’ dan sujud menghadap Ilahi. 20 tahun ku bernafas di bumi ciptaan-Nya. Hari ini tulang empat kerat terasa ringan pula. Mengemas rumah, mengalih perabot, menyapu lantai. Semuanya tanpa disuruh. Petang pula mengopek kelapa dan menumbuk – emak minta tolong buat kerisik. (kelapa yang digoreng dan dilumatkan sehingga pecah minyak. Selalunya diperlukan untuk membuat rendang).

Cuti kali ini ku bersama family di kampung. Sebulan lagi exam menjelang. Emak pagi tadi mendapat panggilan dari saudara – adik emak yang bongsu dalam keadaab tenat. Mak Su aku sekarang terlantar di rumah pak cik, menghidap penyakit kronik. Pihak hospital tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kereta abah pula berada di workshop – clutch leaking. Seperti dulu, sejak kecik, sejak dilahirkan sememangnya tiada ucapan atau sambutan hari lahir di rumah.

Didikan seperti itu menyebabkan aku tidak pernah ingat hari lahir ku. Sehinggalah mempunyai kawan-kawan yang selalu ‘wish’. Kelakar juga – sejak sekolah rendah sudah mendapat hadiah. Bila meningkat dewasa, di sekolah ‘all boys’ – tidak mahu aku menyambut birthday. Cuma sambutan bersama rakan-rakan yang lahir dalam bulan Mac tiap tahun diadakan. Itupun semua kerana nafsu nak makan kfc dan western food setahun sekali.

Teknologi serba maju. Pantas merentasi sempadan. Ramai jugak yang sempat menghantar sms – ku balas dengan memberitahu penghantar yang ke berapa.

1-     1. Muadz

2-    2.  =)

3-    3.  =)

4-   4.   Adlan

5-   5.   Imran

6-    6.  Zayd

7-    7.  Pok Cik

Bila bukak facebook pula..ramai gak yang wish…


 

 

Tuesday, February 24, 2009

Deception Point - Book Review


After I signed my EE form on 13 Feb 2009, i decided to read English novel to remove all hypertension in my blood after 2 months of finishing my IB stuff. Don't know what book to read, I ask my IRP leader (group study leader) to choose one for me.
"What kind of book do you prefer?" she asked.
"Whatever book that you want me to read. But please don.t too thick! I'm afraid if i don't have time to settle it." a sort of joking from me.

It took 2 weeks for me to reach the last page. At first i found it is very hard to understand some new vocab that i've never been used before. But I skipped. Try to get the story compared to get the meaning of each word. Here, I dont want to give the overview of the story but to share some thought about the 'Deception Point'.

First, America have very powerful military equipment. Dan Brown state that UFO stuff that some of us believe the existent of it actually US flying machine. But they do not reveal the truth.
Second, expect the unexpected. People can arrange everything in order to create 'new finding' or new 'knowledge'. Better discover it by yourself than just noding your head when peolple tell you something.

this is my first time writting my entry in english. if you all find any mistake, grammar or wutever.

Saturday, February 21, 2009

2009 Conspiracy Theory



Serangan kejam dan ganas tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza menggemparkan seluruh dunia. Ketika umat Islam menyambut tahun baru hijrah dan masyarakat dunia meraikan tahun baru 2009, Zionis membunuh manusia yang tidak berdosa atas alasan roket Hamas yang membelah ruang udara Israel - walaupun Israel sendiri sebenarnya tiada ruang udara. Penjajahan paling buruk dalam sejarah moden. Israel membutakan mata dunia bahawa merekalah sebuah negara yang terdiri dengan kukuh, Palestine dilenyapkan dalam peta. New World Order.



Sedar atau tidak, Obama yang dinanti-nantikan untuk memulihkan keadaan dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Iluminati. Malah yang lebih menyedihkan lagi, Obama menghantar 17000 tentera tambahan untuk menyerang Afghanistan. Berita terbaru yang saya terbaca hari ini, U.S meminta negara lain untuk membantu mereka menghapuskan Taleban. Perang Salib berterusan. Adakah ini semua hanya kebetulan atau disusun...?



America dikatakan sedang menghadapi krisis ekonomi paling teruk sekarang ini. Kadar pengganguran melambung tinggi. Kerajaan mengeluarkan pelbagai scheme ekonomi untuk memastikan rakyat masih mahu terus berbelanja. Negara Eropah pula berhadapan konflik dengan Rusia yang secara tiba-tiba memutuskan bekalan gas ke Eropah. Eropah Panik. Padahal warga Palstine sudah lama tidur dalam kesejukan yang gelap.


Silap mata. Misdirection. Israel pula terus mengebom sempada Gaza dan Rafah atas alasan adanya terowong untuk meyeludup senjata. Gencatan senjata hanya sehari. Tetapi, Hamas pula yang dipersalahkan apabila media menayangkan video sebuah truck yang menyerang pos kawalan Israel, tetapi serangan Israel didiamkan begitu saja. Freedom Of Speech hanya idealogi.

Israel menuduh Iran yang menyeludup senjata ke Gaza melalui laluan air(kapal). Tidak lama selepas itu, heboh didada akhbar wujudnya lanun (pirates) di Somalia. Semua negara menghantar tentera laut ke Somalia. Jepun yang sudah lama berdiam diri dalam isu ketenteraan pun menghantar kapal perang melawan lanun. Dimankah Somalia?

Dari peta kita dapat lihat, kedudukan strategik Somalia. Rekaan atau realiti, semua negara mahu menewaskan lanun Somalia. Sedang itu pula kapal perang US mengejar dan menahan kapal kargo Iran yang melalui Arabian Sea dan Red Sea dan dituduh menghantar senjata ke Gaza. Siapakah lanun? Somalia atau US? Iran menjadi mangsa lanun dihadapan tentera laut dunia. Sekiranya lanun Somalia benar-benar wujud, tidak cukupkah US sahaja yang menewaskannya? Bukankah US Navy sangat hebat? Apalah sangat teknologi Somalia ada. Tidak logic untuk melawan US hatta Malaysia sekalipun. Sekiranya betullah Lanun Somalia mempunyai senjata yang hebat, dari mana mereka mendapat bekalan?? Sudah tentu ada pihak yang membekalkannya supaya Somalia ada lanun, dan mereka laporkan kepada dunia tentang lanun itu supaya dibanteras. Somalia kambing hitam=scapegoat.


Wednesday, February 4, 2009

Cerita 7.30 a.m

30 minit lagi kelas akan bermula seperti hari-hari yang lain. Tiada yang menarik, tiada yang istimewa. Hanya gelagat manusia yang terpaksa, dipaksa atau rela mengikut peraturan yang ditetapkan.

Aimin baru terjaga dari tidur.Bunyi jam loceng yang dibelikan oleh emaknya sejak masuk ke kolej itu sungguh memengitkan telinga. "Jangan kau lupa kunci jam tu setiap hari". "kau tu dah la susah nak bangun". Pesanan manusia yang melahirkannya itu tetap dalam ingatan. Aimin sedar, syurga terletak di bawah kaki ibu. Itulah prinsip hidupnya selama ini.

Bakul dobi sudah bertindih-tindih ketika Jelani tiba di bilik basuhan. Selama ini memang dia akan hantar baju untuk dibasuh lebih awal, tidak mahu dia menanti berhari-hari bajunya siap dicuci. "Nasib baik mak cik dobi x de" detik hatinya. Jelani dengan pantas meletakkan bakulnya paling hadapan berhampiran mesin basuh.

Khairul dan Jazmie duduk sebilik. Ke mana sahaja pergi bersama. Hatta ke bilik mandi pun akan bersama. "Weyh..cepatlah mandi..lame btul mandi..orang lain nak mandi jugak.." jerit Khairul. Jazmie pula seorang yang pendiam. Tidak pernah sekejap di hadapan cermin. Ada sahaja pencuci muka yang perlu digunakannya. Kebersihan muka amat dititikberatkan.

Terdapat semeja pelajar yang sedang makan di dewan selera. Yang paling bising ialah Hafiz. Ada sahaja cerita yang hendak disampaikan. Dari berita dalam negara, luar negara, sukan malah dunia hiburan. Semua dia tahu. Tidaklah menjadi masalah baginya untuk mendapatkan maklumat dari internet setiap pagi semenjak adanya broadband yang dipasang sebulan yang lalu.

Siti pula berada di koperasi. Setiap hari dia akan membeli dua roti Gardenia coklat dan satu kotak susu. Jarang dia bersarapan di dewan selera. Hidupnya yang mewah di rumah menjadikan duit tidak begitu sukar dikeluarkan. Hari itu dia ada interview. Selepas rehat dia bercadang untuk tidak menghadiri kelas. Seperti yang lain-lain juga.

Lain pula kisah Salihin. Tergesa-gesa dia memakai kasut sehingga stokin pun tidak sempat disarung dengan elok. "x pelah..nanti betulkan la ketika di surau" fikirnya. Tugasnya bukanlah mudah. Membaca doa di surau. tugas yang diberikan oleh senior itu dipikul bersungguh-sungguh. Hanya satu impiannya. Mengharapkan rakan-rakan mudah belajar sepanjang hari itu.

"Cikgu, saya x paham la soalan ni?". Tanya Zubaidah kepada Cikgu Latif. Bukan mudah bagi dirinya untuk bangun awal dan berjumpa cikgu Math kesayangannya setiap hari. Dulu tidak pernah terlintas dia mampu melakukan sperti itu. Namun kerana dia sudah tiga kali mendapat 3 dalam subjek itu. Dia tiada pilihan lain.

Kedengaran alunan orang mengaji dari bilik B111. Syamsiah istiqamah membaca alQuran setiap pagi sebelum ke kelas. Hatinya lebih tenang. Tafsir warna biru pemberian kakak usrahnya itu penuh dengan tanda-tanda plastik. Sekiranya sepanjang dia terjumpa ayat2 yang menarik hatinya, dia akan tampal dengan pelekat itu. Mudah lah dia berkongsi nanti ketika kuliah nanti.

Lutfi dan Acap tekun membuat latihan Chemistry di concourse. Sudah seminggu mereka datang awal dan belajar di situ. IRP di waktu pagi menjadi pilihan mereka. Walaupun hanya sempat membuat 2 atau 3 soalan. Itu sudah cukup menjadikan mereka berdua lebih bersedia di kelas nanti.

Latifah pula sedang menggosok baju untuk dipakainya hari itu. Maklumlah perkhidmatan dobi yang menggunakan mesin pengering menyebabkan baju kurungnya kedut seribu. Niat hatinya mahu membasuh baju itu dengan tangan sahaja selepas ini. Hari ini dia perlu berjumpa advisor EE nya. "sudah tentu ada yang tidak kene dgn 3rd draft aku.." ligat otaknya berfikir.

Haiqal pula baru sahaja selesai solat subuh. Subuh gajah. Tidak pernah pula dia mengambil kisah waktu syuruk. Pagi itu dia perlu segera ke kelas kerana waktu pertama adalah waktu Statistic. Dan cikgu stat nya sangat tegas dengan masa.

Jam menunjukkan 7.31 a.m
29 minit sebelum kelas bermula. Tiada yang berbeza, tiada yang istimewa. Hanya gelagat manusia.

Friday, January 30, 2009

Tahniah Taib Erdogen


Taib Erdogen yang menjadi Perdana Menteri Turki telah menjadi hero dalam forum di Davos. Penentangan terhadap pemerintahan Israel yang membuat serangan berterusan terhadap Gaza. Tiada pemimpin dunia yang berani setakat ini. Pemimpin negara-negara mengharap PBB berbuat sesuatu, pemimpin negara Islam mengharap IOC bertindak, pemimpin OIC pula menuding jari kepada PBB, dan apabila Ban Ki Mon Setiausaha Agong PBB berucap mengenai Gaza, "Kita hendaklah menghentikan peperangan di Gaza". Sungguh mengecewakan. 

Taib juga telah mengubah perlembagaan Turki. Wanita di Turki sudah boleh memakai tudung di University. Sejak 1923 Kamal Artatuk yang mengSEKULARkan Turki, namun ini dijangka terhapus tidak lama lagi.

Turki yang menjadi kuasa tentera kedua terbesar dalam NATO selepas Amerika memberi amaran kepada dunia bahawa kebangkitan akan berlaku.

Shimont Perez President Israel yang menggunakan Hadis sebagai alasan untuk menyerang Palestin. Dalam forum selama sejam itu, pada minit 42, President Israel menyatakan Hadis

"The day of judgement, will not come about, until the Muslim kill the Jews when the Jews is hide behind wall and trees"

Video Erdogen-Perez ini boleh didapati di you tube.

Salam kebangkitan kepada umat Islam.


Wednesday, January 21, 2009

Minta Tolong

Dalam hidup manusia seharian, sukar untuk lari daripada minta tolong. Apabila dihimpit kesusahan, kesukaran, kepayahan ataupun kesengsaraan, hati seolah-olah memikirkan sesuatu yang dapat membantu, mulut menjadi ringan untuk merayu bantuan dan anggota badan secara automatik mencari jalan penyelesaian. Namun kepada siapa kita sebenarnya perlu meminta tolong?

Sekadar mahu berkongsi ilmu, terdapat kisah Nabi Yusof yang berkaitan dengan minta tolong yang sedikit sebanyak boleh kita ambil pengajaran. Nabi Yusof mempunyai mukjizat untuk mentafsir mimpi. Ketika dalam penjara, Nabi Yusof meminta tolong salah seorang daripada tawanan yang bakal dibebaskan untuk menceritakan halnya kepada tuan agar Nabi Yusof dapat dilepaskan.

"Dan dia (Yusuf) berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua, "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu." Maka setan menjadikan dia lupa untuk menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu dia (Yusuf) tetap dalam penjara beberapa tahun lamanya. 12:42

Ada pendapat ulama mengatakan kerna Nabi Yusuf meminta tolong kepada tawanan itu dan mengharapkan tuan tawanan yang membebaskannya menyebabkan Nabi Yusuf tetap di penjara. Namun ada juga ulama yang mengatakan syaitan lah yang menjadi penyebab Nabi Yusuf terpaksa dipenjara lebih lama.

Letak lah Maha Pencipta dalam first list untuk meminta tolong. Bukankah hari-hari kita membaca 

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" 1:5


Saturday, January 17, 2009

Stop Kutuk Israel


Khaibar-khaibar ya yahud..

Laungan yang semakin popular sejak tentera zalim Zionis menyerang Semenanjung Gaza yang sudah masuk saat-saat getir...

Makanan dan minuman semakin berkurang
senjata hampir kehabisan peluru
Jet-jet Israel jahanam mengebom orang awam
Senjata reactive yang mengandungi racun phosphorus
Terowong untuk laluan masuk makanan dan senjata telah hancur

Satu dunia mengecam, mengutuk dan membenci Israel...namun adakah 'Laknatullah' itu berasa apa-apa atas itu semua..? Memorandum dihantar ke pihak-pihak atasan..ke Duta U.S kononnya mahu mereka mengambil tindakan. Adakah duta-duta itu membaca memorandom itu? entah-entah buka pun tidak.

Stop la kutuk Israel.
Kutuk la Mesir...kutuk la Mesir..Kutuk la Hosni Mubarak..

mengapa saya berkata begitu?

Analogikan begini..ada 3 orang yang membuat pengakuan..

orang 1: "Aku paling berkuasa, aku paling kejam. Aku penah bunuh seorang perempuan dengan pistol. sebelum itu aku telah membuka bajunya, merogol di khalayak ramai."

orang 2: "Aku lagi berkuasa, aku lagi kejam."

orang 1: kenapa pulak?

orang 2: "pistol yang kau guna untuk bunuh itu aku yang punya. aku yang buat. aku yang beri kat kau. kalau x de, cam ne kau nak bunuh. sebelum itu, aku yang bawa perempuan itu kat engkau. kalau aku x temukan kamu berdua, bagaimana kau nak rogol dan bunuh dia. akulah punca segalanya.

orang 3: "Aku lagi berkuasa, aku lagi kejam."

orang 2: kenapa pulak?

orang 3: "aku tengok je"

orang 2 & 3 : hahaha...tengok mane berkuasa. tengok x kejam la..

orang 3: "aku tengok je adik aku kena rogol. aku biar sahaja adik aku kene bunuh. aku tidak berbuat apa-apa. Sebelum itu....aku halang orang lain tolong adik aku. aku halang ayah aku..aku tidak benarkan abang aku membantu adik aku. aku tahan saudara-saudara aku menolong adik aku. aku upah orang jaga kamu berdua agar kamu berdua boleh buat apa sahaja.

Para pembaca sekalian..siapa lagi kejam? orang 1? orang 2? orang 3?

Kutuk la orang yang kejam. DESAK mereka.