Baru tulis tajuk sudah berair air mata teringatkan emak. Sungguh penyesalan itu nyata. Apabila emak sudah tiada, sedih macam mana pun masa tidak akan berpusing.
Segala memori yang tinggal hanya kenangan. Tiada lagi berpeluang berkhidmat kepada mak. Mak selalu akan telefon tanya khabar, tapi sejak mak sakit memang jarang mak dah telefon; mak banyak berehehat.
Mak saya mengidap penyakit kanser ovari Tahap 3 pada tahun 2019. Mula-mula mak mengadu keluar darah walaupun dah lama berhenti haid. Pada waktu itu, aku dan Kak Linda terus bawa mak ke rumah Kak Yan dan Kak Yan seterusnya bawa mak ke Klinik Kesihatan Putrajaya dan dirujuk ke Hospital Putrajaya. Siasat dan CT scan dibuat mengesahkan mak mengidak kanser ovari tahap 3- Clear Cell Ca. Pujuk mak untuk buat operation TABHSO+Omentectomy dan Alhamdulillah pembedahan berjaya.
Seterusnya mak di rujuk ke IKN untuk rawatan selanjutnya. Mak tak nak chemo walaupun dah pujuk dan aku akur. Janji quality of life ada pada mak. Alhamdulillah mak sihat sahaja sehingga tahun ini kesihatan mak semakin merudum. Disebabkan Covid19 melanda, aku jarang balik dan raya pun dua tahun tak balik beraya dengan mak.
Mak telefon malam-malam bagitau mak semakin sakit. Abg Hairi abang iparku balik ke kampung mengambil mak. Kak yan buat temu janji di IKN dan CT scan dijalankan- kanser mak sudah tahap 4 dan merebak ke hati. Mak semakin kurang makan, lemah dan merosot.
Kak Yan Abg Hairi dan Kak Linda yang banyak menjaga mak. 2 malam terakhir aku sempat menjaga mak, sempat aku meminta mak mengikut aku mengucap 2 kalimah syahadah..moga Allah terima amalan-amalan mak dan ampunkan dosa mak.
Maafkan zaid mak, zaid nak jadi anak yang soleh supaya doa zaid menjadi pahala yang sampai pada mak. Bagi pembaca-pembaca yang membaca coretan saya ini, kongsikan kepada saya macam mana nak jadi anak yg soleh.
Comments