Monday, April 16, 2012

Kembali Menulis

Cuti pendek seminggu mesti ku gunakan sebaiknya. Getus hatiku.

Melihat wajah ibu bapa di rumah serta membahagiakan mereka adalah kemestian. Allah jelas menyuruh di dalam surah Lukman. Ibu dan ayah yang sudah lanjut usianya memerlukan perhatian yang berbeza daripada sebelumnya. Aku sudah dewasa. 23 tahun ini. Walaupun masih belajar tambahan pula anak bongsu dalam keluarga, menjadikan aku lalai dan leka dalam menjaga mereka. Kini titik perubahan sedikit telah berlaku. Tidak lagi mengharapkan pemberian dari mereka, malah aku mula memberi. Semoga Allah memberikan aku istiqamah.

Sempat juga melawat kolej tempat aku menuntut ilmu sebelum memasuki alam universiti. Bersua muka dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu. Berkongsi cerita dan pengalaman. "Sekarang sudah tidak menulis?" "Tidak lagi membaca novel-novel melayu?' Persoalan yang dilontarkan tepat ke arah benak fikiranku oleh cikgu sastera melayu. Kononya terlalu sibuk. Namun, motivasi yang kurang kurasakan. Kini aku kembali menulis.

Menutup cuti ini, aku dan kawan-kawan tekad memasuki pertandingan futsal muslim di Johor. Bola antara sukan kegemaran. Islam pun meggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalah 1 menang 2, dan berakhir di tempat ke 3 dalam kumpulan. Walaupun kami kecewa dengan keputusan itu, namum semuanya mesti ada hikmah. Mungkin perlu lebih latihan untuk perlawanan seterusnya.

Cuti pendek yang penuh bermakna buat diriku.