Ini adalah antara sikap buruk diri akü yang susat sangat nak buang sampai saat ini. Pertama bertangguh dan kedua lari. Sudah nak mask umur 30 tahun dan ada anak dua pun, ya Allah..bantulah hambaMu ini.
Bertangguh kerja atau tugasan ini selalunya tugas yang bagi aku sangat berat, sukar dan tidak berminat tetapi terpaksa buat. Terpaksa. Contoh tugasan buat laporan. English pulak tu. Aku ni dah lah semah sangat grammar. Walaupun exam UPSR PMR SPM okay, belajar Newcastle Uni UK lagi, tapi grammar sampai sekarang ke laut. Lagi lah pulak buat laporan aduan-aduan kat hospital. Sungguh tak berminat melayan aduan. Bagi aku tak cost-effective pun, tapi dah miming polisi KKM, dan dah jadi MO Pengurusan Klinikal, ini semua adalah tugasan-tugasan yang perlu dijalankan. Gaji bulan-bulan tu nak kena berkat. Setakat jaga casemix, memang bos-bos tak pandang, casemix tak siap tu perkara biasa, tapi aduan pesakit kena urus cepat.
Jadi bila dah bertangguh buat report, mulalah lari dari jumpa dengan orang yang memberi arahan a.k.a boss. Mengelak sangat. Datang kerja pun senyap je. Duduk diam-diam kat offfice buat coding casemix. Banyak la juga siap coding sebab aku suka buat coding daripada laporan aduan tu.
Ya Allah, bantulah aku. Berilah aku kekuatan untuk menyiapkan laporan-laporan aduan seterusnya boleh aku buat laporan Pesakit Bayar Penuh pula. Ye, selain aduan, aku juga menjaga Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh di Hospital Serdang. Walaupun aku bukan jawatankuasa dan bukan pakar, Hanna pencatat minit dan MO cabuk sahaja. Aku buat tak lah mengharap balasan atan naik pangkat, tapi ingin membantu Hospital Serdang sedaya upaya; cuma bila diverti tugasan berbentuk laporan dan dalam English lagi, memang titik kelemahan atan "weakness point".
Jadual pun semakin padat hujung Oktober dan November ini. Alang-alang tak dapat tidur ni, update sekejap blog sebelum ental bila dapat menulis kembali. Terima kasih ada juga yang sudi baca. InsyaAllah akan menulis yang lebih berfaedah pada masa akan datang.
Comments