Tahun ke 4




Alhamdulillah sudah tahun ke 4 aku bergelar pelajar perubatan. Nikmat yang Allah berikan ini bukanlah sedikit. Bayangkan yuran tahunan sebagai pelajar sahaja sudah RM90 000. Sekiranya biasiswa yg diberi tidak diperolehi, entah di mana aku sekarang ini. Alhamdulillah, alhamdulillah

Menjadi pelajar perubatan bukanlah sesuatu yg hanya tertumpu kepada pelajaran di universiti. Banyak lagi perkara yg perlu diberikan tumpuan dalam umur yang sebigini. Umur muda, umur kesihatan, umur kemampuan yg tinggi perlu digunakan sebaiknya. Antara aspek lain yg penting ialah kemahiran mengurus diri, komunikasi dengan masyarakat sekeliling, berfikiran matang dalam membuat keputusan dan menyusun keutamaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Semua ini tidak datang dengan sendirinya. Ilmu daripada bahan bacaan disertakan dengan kemahuan yg bersungguh adalah salah satu method yg boleh digunakan.
 
Mengambil contoh aspek menyusun keutamaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan; universiti baru-baru ini menggalakan pelajarnya membuat persatuan. Banyak persatuan baru ditubuhkan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Begitu juga lah pelajar-pelajar perlu mengisi jawatan-jawatan dalam persatuan dan seterusnya aktif menjalankan aktivi mingguan mahupun bulanan. Namun persoalannya, mampukan pelajar menyusun keutamaan dalam kehidupan seharian selepas ini? Tanggunjawab sebagai Muslim, sebagai pelajar, sebagai anak kepada ibu bapa, komitmen usrah dan sebagainya?

Tentulah menjadi cabaran yang hebat kepada pelajar amnya untuk kekal istiqamah dan juga berjaya mengambil tugasan baru. Semoga semunya diberi kekuatan oleh Allah untuk terus fokus dan tidak dibiarkan hanyut. Semoga tahun 4 ini tahun yang produktif.


Comments