Monday, November 30, 2009

Winter Break

 

countdown yang semakin hampir! memang seronok apabila memikirkan cuti akan menjelma tidak lama lagi. Apatah lagi kali ini merupakan cuti panjang pertama bagi pelajar-pelajar Europe yang baru sampai September lalu.

Mana tidak seronoknya, apabila meninjau-ninjau Facebook rakan-rakan, masing-masing sibuk menempah tempat tinggal dan mahu menumpang di rumah kawan mereka sepanjang cuti. Ada juga yang sudah merancang perjalanan sehingga ke Spain, Turkey, Morocco, France dan German. Hebat!

Ada yang di Ireland mahu ke UK dan semestinya yang di UK nak ke Ireland. Pelajar-pelajar Czech juga tidak ketinggalan! UK dan Ireland mereka akan jejaki. Sudah tentu selepas cuti ini, beribu-ribu gambar di Facebook akan di upload. Dengan kebanyakannya sudah ada camera compact mahupun SLR, tanpa berjalan jauh pun, semua orang boleh melihat Europe di hujung jari. Globalisasi. Comment-comment juga akan berpanjangan seminggu dua.

Entah kenapa aku memilih Dublin untuk tempat pertama kulawati. Mungkin setelah kecewa dengan masyarakat melayu Islam di UK yang tidak bekerjasama, cantas mencantas, tidak berlapang dada dan taksub. Aku membawa diri ke Dublin untuk melihat bakal-bakal doktor yang kebanyakan nya juga dari KMB, tempat ku belajar sebelum ke Newcastle.

Direct Ryan Air Flight Newcastle-Dublin

Kedatangan rakan-rakan dari Cardiff juga akan menjadikan lawatan lebih bermakna. InsyaAllah satu dua program boleh dijalankan bersama Dubliners. Perkongsian pengalaman UK-Ireland sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Katakan (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu" Al-An'am Ayat 11

Moga kepada rakan-rakan dan diri ini sendiri, ayat ini boleh kita jadikan panduan agar cuti kita ini menjadi terbaik. Cuti yang berpandukan ayat AlQuran. Cuti yang mengikut perintah Allah. Bukan sekadar cuti untuk bergembira, mengambil gambar dan tag di facebook.

Selamat bercuti!

p/s: jgn overspend. kalau mara masuk duit lambat nanti, menyesal.


Tuesday, November 24, 2009

Seindah Kenangan Pertama

Entah bila ia meresap ke dalam minda, entah bila mula berfikir dan entah bila aku dapat merasakannya. Tetapi apa-apa sahaja yang pertama membuatkan sesuatu itu istimewa. Mungkin semua orang tidak merasakannya tetapi mungkin juga ada orang yang perasan keindahan merasai yang pertama itu.

Menjadi batch pertama di bangunan baru SDAR di Seremban.
Menjadi batch pertama Newcastle Malaysia (Numed).

dan...

menjadi pertama dalam Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk Disember ini. JUMS insyaAllah akan dirasmikan oleh Mufti Negeri Perlis, Dr Juanda.