Tunang


Perkenalan dengan dirimu hanyalah bermula selepas SPM. Biasalah umur-umur 17 dan 18 tahun, keinginan untuk berteman, untuk berkasih membara di hati. Setelah hampir 2 tahun mengenali dirimu. Kini tiba kepada peringkat seterusnya. Pertunangan.

Di kolej pun aku selalu berjumpa denganmu. Terutamanya pada hujung minggu. Waktu rakan-rakan sibuk berehat, aku sanggup menemui mu di kelas, rumah sewa dan surau. Tapi maaf pernah juga aku tertidur ketika temu janji kita. Moga dirimu tidak terasa hati.

Agak berat untuk melangsungkan majlis ini di bulan Ramadhan. Apatah lagi dengan urusan pelajaranku yang belum selesai. Tetapi perasaan cinta di dalam hati tak dapat dibendung lagi. Setiap hari asyik memikirkan dirimu. Terbayang wajahmu.

Tunangku, ingin sahaja aku terus menikahi mu dan menjadikan kau isteriku. Tetapi masa yang singkat kita berkenalan ini kurasakan tidak cukup. Kita perlu lebih kerap berjumpa agar kita akan lebih serasi kelak.

Aku pun belum bersedia untuk menjadi sang suami yang baik padamu. Terlalu banyak kelemahan pada diri ini. Bangun lambat, tidak pandai masak, kerja pun belum. Apatah lagi dalam bab agama. Kalau solat berjemaah nanti bila sudah berkahwin, surah Ad Duha dan Al Insyirah yang aku akan ulang-ulang. Sudah tentu dirimu akan jemu. Itu sahaja yang aku hafal.

Tunangku, aku juga pernah menduakan dirimu sebelum ini. Aku hanyalah lelaki biasa yang tergoda dengan pujukan rayu yang sering menerpa. Tetapi percayalah, aku akan berusaha menumpukan sepenuh tenaga, masa dan wang untuk dirimu sahaja kerana i love u so much.

InsyaAllah akan ku bawa dirimu untuk ke tempat belajar aku nanti. Janganlah engkau risau. Hal-hal penginapan dan sebagainya sudah diatur. Bagilah diri ini peluang untuk belajar menjadi suami.

Berilah masa setahun dua untuk aku bersedia menerima mu wahai tunangku dakwah.


Comments

Anonymous said…
nice post! keep up.. =)
akihiroajibana said…
nice la persis!
PeRaNTau said…
he3...yg biasa aku denga kisah ialah kisah ISTERI KEDUA...di mana isteri pertama ialah dakwah...

ini pule versi dakwah sbg tunang...
tabik sama zaid jasmin =)
ahmad zaid said…
to zayd: truskan membaca blog ana!

to akihiro ajibana: xyah la panggil persis...nama zaid lg best kot..

to perantau: orang perantau ble kah anda mahu menetap??
JHaZKiTaRo said…
salam ramadhan dari ex-kmbian di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke my blog.. :)
wabit.ent said…
bagus2,
slalu dngar ISTERI KEDUA,
ni TUNANG versi zaid...
nice!!!
ahmad zaid said…
to Jhazkitaro...mcm mana nak lompat ke blog kalau xde link...bagi la link...


to nazri: insyaAllah setahun dua lagi jadilah ISTERI PERTAMA ku dakwah.
Anonymous said…
Selamat Bertunang..
Jangan lama sgt bertunang..
Kahwin terus lagi bagus..
Kahwin dua InsyaAllah la yer..
Anonymous said…
dakwah? siti dakwah ke noor dakwah? letak la gmbar ckit... knfem cun melecun kan


tahniah kawen jgn x ajak
ahmad zaid said…
to akhi aizudin: kalau nak cepat2 kawin, kne lah tolong... =)

to anonymous: mane bley publish gambar tunang!! dah kawin baru bley...nikah nanti semua dijemput hadir. insyaAllah.
urm, kat nama dia kan ada link ke profile dia. then kat profile die akan ada link ke blog die. just click je la kat nama dia.
PeRaNTau said…
nikah nanti pakai vest
hanis fozi said…
nice post
sius igt btol2 tunang td
biasa dgr isteri ptama je.haha

post yg dpt tarik minat org
keep blogging
Hazim Azhar said…
huhu..... ingatkan dah tunang betul2 tadi. baru je nak melompat.. nice post. keep it up! :D