Begitu banyak yang aku pelajari di Mesir...tetapi kenapa begitu takut sekali untuk mengarang dan berkongsikan kepada kawan-kawan yang lain? bukan kah berkongsi itu ertinya menyampaikan kebenaran? kenapa perlu takut jika kebenaran ada pada dirimu?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan! As-Saf (2)
Ayat inilah yang mengentarkan jiwa ini. pagi ini ku sempat membaca dengan penuh rasa takut dan gerun. seperti ayat ini dituju khas pada diri ini. Apatah lagi ayat itu disambung dengan...
(Itu) Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. As-Saf 3
Kita sebagai manusia tidak perlu bimbang sekiranya kita dibenci oleh manusia atau apa-apa sahaja pun selagi Allah masih meredhai kita. tetapi sekiranya ayat ini terkena pada kita, di pelusuk mana lagi kita mahu melarikan diri..?
Namun, diriku cuba mengaplikasikan apa yang ku pelajari di Mesir melalui perbuatan ku seharian. Moga coretan ringkas ini cukup untuk kalian memahami diri ini buat senggang waktu ini.
Sekian.
Comments