Mata Ini dan Mata Itu


Mata ini menyaksikan,
Mereka bersungguh dalam urusan Islam apabila yang lain sibuk dengan dunia.
Pilihan hidup berubah daripada karaoke, kedai mamak, Mid Valley kepada menziarahi Ustaz di waktu cuti ini.
Daripada bermain bowling, menonton wayang kepada membaca buku-buku Sirah Nabi S.A.W
Membeli tiket Konsert Demimu Al Aqsa daripada konsert penari-penari dari Jepun (penjajah Tanah Melayu suatu ketika dulu).

Mata ini menangis,
Tatkala mereka menolak ajakan kawan untuk ke Jom Heboh dan memilih untuk ke Program Kemasyarakatan.
Menangis apabila mereka mengucapkan "mabruk alaih" kepada sahabat mereka yang bernikah di atas Jalan Dakwah.
Menitis air mata apabila mereka meninggalkan hidup mereka yang mewah dan senang dan memilih jalan yang sukar ini.

Mata ini jelas melihat,
Mereka boleh sahaja memilih untuk berehat dirumah bersama keluarga,
Berfacebook dan mengupdate status yang kadangkala tidak berfaedah isi kandungannya,
Bersuka-ria berjumpa sahabat lama dan reunion sana-sini.
Tetapi itu bukan lagi agenda hidup mereka.

Mata itu,
seakan-akan tidak lagi berfungsi.
mata hati mengaburi mata itu untuk melihat perubahan.
mata itu memandang semuanya sama seperti dahulu.
sedikit tidak memandang diri sendiri di hadapan cermin.

Mata itu,
memandang aneh mereka-mereka yang berubah.
mencari-cari kesalahan mereka dan menabur fitnah.
mata itu terus bangga dengan diri sendiri.
hanyut dalam dunia ini.

Ya Allah,
Jauhkanlah Mata ini dari api neraka Mu
Bukanlah Mata itu dan berikanlah mereka Hidayah Mu

Selamat menyambut Ramadhan

Comments

azizi said…
mabruk sheikh... tulisan yang menyentuh hati..