As-Sajdah;12
Perjalanan hidup yang singkat ini sememangnya memerlukan manusia membuat keputusan. Sama ada ianya kecil ataupun besar, setiap tindakan yang mengikuti keputusan itu akan membawa kepada akibat dan tanggungjawab yang harus dipikul.
Kadangkala keputusan, tindakan dan akibat tidak menepati apa yang kita kehendaki. Malah, selalu sahaja proses itu jauh sekali dari redha Allah.
Justeru, terasa lemah dan rendah diri menyesali apa yang terjadi. Masa itu berterusan. Masakan kita mampu berpatah balik membetulkan kesilapan yang lalu.
Namun Allah itu Maha Pengampun, sujud rebahkan diri meminta kemaafan. Manakala sebagai manusia, meminta maaf perlu juga dihulur walaupun tidak semua mampu memaafkan kesalahan dan kesilapan.
Ambil pengajaran dari setiap penyesalan itu. Semoga menyesal di dunia tetapi tidak menyesal di akhirat kelak.
Comments