Lemah

Hadith Abu Said r.a :

Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:

Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Jumaat (Hadith no. 903)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 70)
  • Tirmizi – Kitab Fitnah (Hadith no. 2098)
  • Nasaie – Kitab Iman (Hadith no. 4922 & 4923)
  • Abu Daud – Kitab Sembahyang (Hadith no. 963) & Kitab Keganasan (Hadith no. 3777)
  • Ibnu Majah – Kitab Sembahyang (Hadith no. 1265) & Kitab Fitnah (Hadith no. 4003)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 10, 20, 49, 52, 54, 56 & 92)
Aku melihat dunia hari ini penuh kemungkaran. Aku berasa begitu lemah untuk mencegahnya. Ya Allah, berilah aku kekuatan mengumpul pemuda-pemuda yang ingin menegakkan Islam di muka bumi ini. Kuatkanlah iman kami. Hanya redha Mu yang kami cari. Ameen.




Comments