Jaulah Ar Rabii


Manchester, March 2010 – Terkenal dengan Old Trafford dan Rusholme bukanlah matlamat utama kehadiranku ke sini. Kerinduan terhadap Hafiz & Zol terubat jua. Dalam kesibukan mereka yang masih belum cuti, mereka tetap memberi layanan kelas pertama. Walaupun sudah banyak kali membawa kawan-kawan lain ke Megastore dan AlJazeera, mereka tetap tidak menunjukan kebosanan pergi ke tempat sama untuk menjaga hati.


Bristol, March 2010 - Perjalanan sejauh hampir 310 miles dari Manchester melalui London memang memenatkan. Namun itu semua hilang setelah menjejaki bumi Bristol dan dapat bertemu Ridhuan, Hanif dan Qisti. Dalam kesibukan mereka bersiap sedia untuk ke Spain, sempat juga mereka membawa aku jalan-jalan sekitar Bristol.


Southampton, March 2010 – Perjalanan menaiki National Express Coach dari Bristol ke Southampton sangat menarik kerana melalui Bath. Ketenangan melihat kambing biri-biri dari lereng-lereng bukit yang menghijau memukau mata. Di Southampton aku tinggal di rumah engineering student from KMS. Kenapa KMS? Bukan aku KMB ke? Sebab ada seorang rakan KMS ini yang aku kenal sejak sekolah dulu. Sudah hampir 3 tahun tidak berjumpa, akhirnya di bumi UK juga kami bertemu.


Manchester, April 2010 – Daurah Ulum Syarak anjuran ISMA Eropah merupakan kemuncak spring break tahun ini. Kedatangan Presiden ISMA Mesir tidak mungkin aku sia-siakan begitu sahaja hatta lawatan ke Turkey bersama kawan-kawan Newcastle. Begitu banyak yang aku pelajari tentang jalan dakwah ini. Bermuhasabah diri yang bergelumang dengan sisa-sisa jahiliyah, ceteknya ilmu syarak, Al Quran dan hadis, kurangnya mujahadah. Alhamdulilah, aku dapat rasakan Allah masih membimbing aku untuk terus membaiki diri dan terus membaiki diri dengan matlamat mendapat keredhaan Allah.



Liverpool, April 2010 – Dengan semangat dakwah yang berkobar-kobar aku pergi ke Liverpool untuk berjumpa senior aku di sekolah dan kolej dahulu. Banyak perbincangan sekitar usrah dan lokaliti Liverpool. Setiap tempat mempunyai cabaran tersendiri. Aku juga kagum dengan masjid tiga tingkat di Liverpool dimana aku menunaikan solat Jumaat.


Cardiff, April 2010 – Tempat yang paling aku idam-idamkan untuk datang sejak kali pertama aku menjejaki bumi UK ini. Seperti tidak percaya akhirnya aku berpeluang meluangkan sedikit masa bersama kawan yang menjadi penggiat dakwah di Wales itu. Sepanjang aktiviti dari bangun tidur, makan, berjalan dan online akan berkisar tentang dakwah. Aku dapat merasakan betapa seronoknya pengalaman itu. Cuma aku rasa lemah apabila memikirkan lokaliti Newcastle aku sendiri. Adakah aku mampu menjadi agen perubahan dan mewujudkan suasana Islam di kalangan melayu Islam Newcastle? Allah berilah aku kekuatan.

Di Cardiff juga berlaku peristiwa besar dalam hidup aku. Pertama aku menjadi benci apabila mengetahui pelajar-pelajar Newcastle mengadakan 1 Malaysian Ball. Aku hanaya mampu bersembang di alam maya bersama Presiden dan bertanyakan kenapa mereka membuat event seperti itu, tetapi aku sama sekali tidak mampu bertindak selain itu. Peristiwa kedua ialah aku menyedari aku terlalu banyak melakukan kesilapan sepanjang aku belajar di Newcastle. Aku berazam untuk pulang ke Newcastle dengan semangat dan azam yang baru. Semoga Allah memberi aku kekuatan.


London, April 2010 – Ibu negara yang pernah menjajah dunia Islam termasuk Malaysia. Sampai sekarang operasi ketenteraan mereka masih terhadap penduduk-penduduk Islam. Aku sempat ke British Museum melihat artifak-artifak dari seluruh dunia diangkut dan dibawa ke sini. Artifak-artifak peninggalan sejarah ini sangat besar sehingga aku rasa tidak patut mereka menagmbilnya dari tempat asal dan ditayangkan di museum mereka. Di London aku juga bertermu community muslim yang begitu besar di Whitechapel. Aku kagum. Keyakinan bahawa Islam itu akan berkembang bertambah kuat. Allah Akbar.



Comments

Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.