Antara Semalam dan Hari Ini


Semalam..
Aku melihat dunia ini begitu indah didiami oleh manusia. Hidup dalam keadaan harmoni, tolong-menolong, saling menasihati. Yang kaya menolong yang miskin, yang cetek ilmu pergi mendengar ceramah di masjid, yang baru mendapat anak membuat majlis potong jambul, yang sudah meningkat dewasa berkhatan dengan tok mudim. Semuanya seperti dalam keadaan teratur bagiku. Bersederhana. Tenang. Sejahtera.

Hari ini..

Aku melihat dunia ini begitu kucar kacir. Manusia seperti hilang pedoman. Tiada identiti. Hidup berlandaskan nafsu semata-mata. Bayi dibuang di dalam tong sampah, berbalut kertas dan plastik hitam. Hiburan melampau. Industri muzik diagung-agungkan. Artis dipuja dan dijadikan idola. Melakukan apa sahaja tanpa ingat bahawa manusia akan mati, dibangkitkan dihadapan Allah Maha Pencipta.

Pemuda...

Bangunlah wahai pemuda. Bangunlah dari tidur dan zon selesa. Cukuplah berehat. Cukuplah berjalan dan gelak ketawa. Mulalah mempersiapkan diri menghadapi masyarakat. Lengkapkan diri dengan ilmu dan kebolehan diri. Berpegang teguhlah pada Al Quran dan Sunnah. Engkaulah yang menjadi harapan masyarakat yang hanyut dengan duniawi. Jadilah agen perubahan yang mampu menjadi qudwah dan contoh tauladan kepada orang-orang disekelilingmu.

Comments

halu9 said…
Quote from my previous post..huhu

Semalam

Semalam telah berlalu

Memberikan seribu satu peringatan

Yang tinggal hanyalah hari ini

Hari ini yang akan menentukan..

Masa Hadapan

:)