Newcastle, 21 April 2010 - Seramai 20 orang pelajar dari Malaysia telah menghadiri BBQ yang telah dianjurkan secara bersama di Leazes Park. Walaupun program seperti ini sering diadakan setiap tahun, namun objektif dan pelaksanaannya yang berbeza membuatkan program ini menjadi istimewa.
Menyedari tahap perlunya pemuda-pemuda bersatu dalam menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat disekeliling merupakan agenda utama program ini. "Kita sebagai muslim yang mempunyai gaya hidup Islam yang syumul perlu menyampaikan kepada masyarakat bahawa as a muslim, kita pun boleh berBBQ, tetapi mestilah mematuhi hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah" ulas salah seorang penganjur program.
Program BBQ khas untuk lelaki ini bertujuan untuk dijadikan panduan kepada muslim setempat supaya menjaga batas antara muhrim yang di saat ini kurang dititikberatkan oleh kita semua. "Hidup dan belajar di UK ni memang lain cabaranya. Aurat terdedah sana-sini, party every weekend, BBQ sampai mabuk-mabuk, semuanya ada di depan mata. Kita perlu yakin cara hidup Islam adalah penyelesaian umat. Kalau kita perangai sama sahaja dengan mereka ini, bagaimana kita nak menjawab di depan Allah kelak?" terang seorang pemuda yang datang.
Program umum seperti ini diharap dapat menjadi medan aplikasi dakwah buat pemuda-pemuda di Newcastle. Ilmu-ilmu yang dipelajari perlu diadaptasikan dalam perbuatan. Berorganisasi, teratur perancangan, ketetapan masa, komunikasi yang baik dan tolong-menolong antara sifat-sifat yang perlu ada dalam program seperti ini.
Pemuda merupakan harapan umat Islam hari ini. Kesedaran perlu terus dipupuk. Kita perlu berusaha lebih keras dalam membangunkan jiwa-jiwa ini bersatu atas kalimah Allah. Apa yang diharapkan hanyalah redha Allah semata-mata. InsyaAllah program umum seperti ini akan diadakan lebih besar pada masa akan datang.
Comments