GP Surgery

Jam di dinding hampir menunjukkan pukul 3 petang. Walau bagaimanapun jumlah pesakit yang datang tidak henti-henti. "tanggungjawab sebagai doctor bukanlah mudah" terngiang-ngiang kata Dr Z pada hari aku mendapat ijazah.

"Adik Abdullah Bin Ghazali, sila datang ke bilik 4" suara ku bergema di Klinik As Syifaa.

Salam diberi selepas pintu dibuka. Aku mempersilakan mereka duduk.

"Boleh doctor tahu kenapa adik datang ke klinik hari ini?" tanya ku kepada Abdullah yang baru berumur 8 tahun. (Start with open question)

Dia terdiam. Ayahnya pula menjawab. "Abdullah diuji oleh Allah dengan demam panas yang berlanjutan selama seminggu, saya risau kalau demam nya tidak baik-baik dan bukan demam biasa." Aku hanya sekadar mengangguk-anggukkan kepala. (show interest)

"ok..ada apa-apa lagi yang Pak Cik nak beritahu..? (let the patient talk)

"kulit anak saya seperti ada biji-biji berair, tetapi dia sudah pernah dijangkiti chicken pox semasa dia kecil dahulu, orang kata chicken pox kene sekali sahaja seumur hidup" kerisauan jelas tertampak dimuka orang tua itu. Aku mendengar dengan teliti. (active listening)

"Virus chicken pox yang lebih kuat boleh menyebabkan Abdullah boleh dijangkiti sekali lagi, saya faham situasi Pak Cik dan Ghazali, demam yang panjang memang agak meletihkan" (sympathy)

"ada apa-apa lagi yang merisaukan Pak Cik?" (try to elicit Concern)

"saya risau adik dan abangnya akan berjangkit, risau juga kesan chicken pox terhadap kulitnya nanti."

"Izinkan saya melihat biji-biji berair pada Abdullah terlebih dahulu". Aku membasuh tangan dan memulakan examination. (Clinical Skills)

"Baiklah, kalau begitu biar saya buat ujian darah anak Pak Cik untuk memastikan diagnosis saya, saya akan menghubungi Pak Cik sejurus keputusan ujian darah dikeluarkan."

"Pak Cik nak ubat penahan sakit untuk diberi kepada Abdullah"? (try to elicit Expectation)



"kalau demam biasa, saya rasa biarlah imunisasinya melawan virus itu, tapi kalau betul chicken pox, saya rasa anti Virus mungkin bermanfaat. "

"Baiklah, kita akan bincangkan pilihan yang ada untuk rawatan selepas ujian darah selesai"

"terima kasih doctor, Allah menguji kita dengan kesakitan supaya kita ingat manusia ini lemah dan perlu akan Tuhannya"
pesan Pak Cik itu.

"Anggaplah ini sebagai ujian. Sakit sebenar bila otak, hati dan anggota manusia tidak patuh kepada Allah. Sakit jenis itu sukar diubati" Abdullah bersuara akhirnya.

Aku kaget.

Comments

itana said…
seriously dat's wut pakcik abdullah cakap? itu terbaik.
ahmad zaid said…
abdullah tu budak yg 8 tahun tu...