Program Bersihkan nama Islam

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Demi masa
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-'Asr, Ayat 1-3)

Pendahuluan:
Program Bersihkan nama Islam ini bertujuan untuk menjadi medan dakwah bagi kita sebagai Muslim. Kita sememangnya dituntut untuk berdakwah. Kita tengok hari ini ramai bloggers yang sudah sebati dengan post-post ayat Al-Quran. Jadi insyaAllah kita sudah bersedia untuk melangkah setapak ke hadapan di khalayak untuk bersuara lebih kerap menegakkan Islam di muka bumi.

Penyertaan:
Saya amat mengalu-alukan penyertaan dari semua pembaca untuk bersama-sama membersihkan nama Islam yang sudah lama dicemarkan oleh sesetengah pihak. Mesti diingat, musuh utama kita ialah syaitan.

Cara-caranya:
Setakat ini, apa yang saya boleh syorkan ialah melalui comment-comment di You Tube. Isu penggunaan kalimah Allah ditambah oleh tragedi pengeboman church menggemparkan seluruh Malaysia. Media terus sahaja mengaitkan Islam sebagai terrorist. Adakah kita akan berdiam diri apabila media mengaitkan Islam itu adalah pengganas? Adakah kita akan berpeluk tubuh? Masih dalam zon selesa?

Anda hanya memerlukan account You Tube dengan meregisterkan diri kemudian menerangkan Islam yang sebenar kepada mereka-mereka yang membenci Islam. Hidayah itu milik Allah. Semoga Allah yang akan mencampakan nur di hati mereka.

Disini, saya sertakan beberapa link video di You Tube yang sangat memerlukan Muslim comment untuk membersihkan nama Islam:

1. http://www.youtube.com/watch?v=-89h71cob84

2. http://www.youtube.com/watch?v=LpFmSSAnoOA&feature=fvw

Penambahbaikan
Sebarang cadangan untuk membersihkan nama Islam di media amat dialu-alukan.

Saya tiba-tiba bersemangat untuk membersihkan nama Islam di media. Setakat ini, ini sahaja yang saya mampu berfikir. Sekiranya saya tidak tahu bagaimana mahu membalas comment-comment anti Islam di media, saya akan minta tolong dari anda semua melalui facebook wall to wall. Minta beri kerjasama.

"the 4th image i found when i google image about 'islam' masyaAllah...should we still asleep?"


Comments

payidnazmi said…
masyaallah..teruknya persepsi dunia..fitnah terhadap islam...munkin silap kita bukan silap islam..

zaid, bishop prague sgt risau dengan pertambahan populasi islam di eropah..tapi die xsalahkan islam die kata 'pnganut crstian yg patut tumpukan perhatian terhadap kepercayaan, dan kembali pada cristian sepenuhnya'..huhu.

so, trukan bsmangat..
ahmad zaid said…
http://www.religiondispatches.org/archive/international/2194/jesus,_son_of_allah:_the_roots_of_the_riots_in_malaysia/

ini salah satu artikel yang telah di comment...dan alhamdulilah ada pihak yang memahami hasrat Program Bersihkan nama Islam ini
JHaZKiTaRo said…
Salam dari bumi Dublin. Blog hopping. Rajin2, jemput singgah ke my blog. :)
hakha said…
jom. bukak group kat fb. sebarkan mesej nih. zaid creator ;p

kat facebook rr yg terok sgt tuh. easily accessible by evryone. huhu.
hafizulfaiz lan said…
salam dari bumi india..
ana rs, kita buat facebook group mesti dpt lg byk smbutan..
Anonymous said…
Good dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you on your information.