Pengalaman Pertama

Jarang sekali tidur awal pada hari cuti. Ada sahaja keinginan yang dilakukan terutamanya menghiburkan diri dengan menonton cerita atau online. Namun entah mengapa satu hari aku tidur awal dan esoknya bangun menunaikan solat.

Pagi itu tiba-tiba hati tergerak untuk pergi ke taman bersama-sama 3 orang anak saudara yang pagi-pagi lagi sudah bising mengajak pak sun nya menemani mereka. Along (10 thn) membawa Ammar (5 tahun) menaiki basikal. Manakala aku dan angah (8 tahun) bermain bola.

Sedang seronok-seronok mengajar Angah cara menyepak bola, tiba-tiba Angah menunjukkan najis yang telah dipijak. Ya Allah, siapa yang memijaknya? detus hatiku. Segera aku melihat tapak selipar. Wargh..lega..bukan aku yang kene. Aku cuba menenangkan diri. Menyedapkan hati bahawa bukan aku yang kene najis mughalazah itu.

Alamak! itu baru kaki kanan! Aku segera melihat kaki kiri setelah terlupa untuk memastikan tiada najis di situ.

memang sah ada.

Aku meyakini itu najis anjing kerana mmg taman ini sering dikunjungi pemilik-pemilik anjing. Di depan anak-anak saudara aku, aku panik.

Setelah 20 tahun berada di dunia. inilah kali pertama untuk mengamalkan ilmu samak yang aku pelajari ketika darjah berapa pun aku x ingat!

Aku berjalan mencari paip air di taman itu. malangnya semua tiada kepala paip. Mungkin untuk mengelakkan kecurian air agaknya.

Anak saudara aku mencadangkan supaya menggunakan tandas di pondok jaga. Aku menolak. ego bapa saudara yang jarang sekali mendengar nasihat anak saudara nya itu. Mungkin tidak pernah mendengar sebelum ini.

Akhirnya aku akur. tidak mahu aku pulang ke rumah dgn bernajis. lagipun paip berada di dalam rumah. kotor pula rumah nanti. Aku masuk ke tandas dan menyucikan sekali dengan air paip. kemudian aku keluar dan mengambil segenggam tanah di kawasan pokok bunga, dan meyediakan air bercampur tanah. Aku cuci sehingga yakin bersih. Kemudian aku basuh dengan air paip sebanyak tujuh kali.

Gementar, cuak, takut. itulah perasaan sebenar. Sukar digambarkan.

Comments