Iman Turun dan Naik

Indah sungguh perasaan bila iman sedang tinggi. Ketenangan hati meredakan nafsu yang tidak pernah puas dengan kehidupan duniawi. Sejak bangun tidur di pagi hari sehingga melelapkan mata, kita bekerja keras untuk memastikan apa yang dikehendaki tercapai. Kemahuan yang menguasai diri menggerakkan anggota badan melakukan apa sahaja.

Manusia tidak lepas dari menjadi hamba. Perhambaan merupakan sifat semulajadi dalam manusia yang tidak mampu dihapuskan sama sekali. Namun perhambaan setiap manusia itu ternyata berbeza sama sekali.

Hamba kepada Allah

Hamba kepada syaitan

Hamba kepada nafsu

Hamba kepada wanita atau lelaki

Hamba kepada bola

Hamba kepada game

Banyak lagi untuk disenaraikan. Secara mudah, boleh dibahagikan kepada dua. Hamba kepada Allah atau Hamba kepada selain Allah. Manusia diberi peluang untuk memilih. Namun setiap pilihan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Dalam meniti hari-hari perjuangan yang sukar terutamanya ketika cuti ini, kerinduan terhadap suasana bersama kawan-kawan di tempat pengajian singgah di ingatan.

Walau apa pun, kita hendaklah sentiasa berdoa, dimatikan ketika iman sedang memuncak hosnul khotimah. Amin. 

Aku mencintai perasaan ketika iman kukuh di dada.

Comments

salam'alayk

"sesungguhnya setiap amal ada masanya naiik dan setelah itu akan turun (futur). barang siapa yg masih turun dlm sunahku, sungguh ia dalam petunjuk. Dan barang siapa yg turun ia telah keluar dr sunah ku sungguh celaka dia"

(Imam Ahmad)


"tidakkah engkau melihat org2 yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada yang diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan kepada engkau, sedang mereka masih ingin berhakimkan kepada Taghut, mesti pun mereka telah diperintah utk mengingkarkannya? syaitan mmg bermaksud menyesatkan mereka dgn kesesatan yg amat jauh" (4:60)

wallahu'alam (-_-)"
hasellusiby said…
saya ada benda nak naik turunkan iman anda..tapi, mampu ke anda teruskannya..ha3


apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
ahmad zaid said…
To Aishah

Tentu lebih bermakna post2 dengan ayat quran dan hadis.

InsyaAllah akan berusaha untuk mempelajari dan mengingati agar boleh dimasukan selepas ini di dalam post.

To Phenomenon

Ana sudah pergi ke nusanaga. Panjang juga post-post anta. teruskan usaha.

Salam perkenalan.