Ekonomi Malaysia (bahagian 2)

Sekarang ini dikatakan negara sedang mengalami masalah ekonomi, mungkin 2009 semakin teruk. Namun keadaan sebenar hanya diketahui oleh 'orang-orang penting negara sahaja'. Ada juga baiknya, masyarakat tidak panik. Semua dalam keadaan biasa. Yang kaya terus boros. Yang miskin papa kedana.

Teringat dulu Malaysia pernah melaungkan slogan 'Belilah Barang Buatan Malaysia', sangat setuju perjuangan tersebut. Namun apa jadi dengan pemimpin-pemimpin kita? Yang terbaru, kerajaan negeri Perak membeli Toyota Camry menggantikan Proton Perdana. Alasannya kos maintanance yang 'mahal'.

Itulah yang dikatakan dalam Ekonomi Malaysia (bahagian 1), apabila duit dibelanjakan ke luar negara, kitaran wang dalam negara akan berkurang. 3 juta dibelanjakan kepada Toyota. Entah bagaimana negeri Perak mahu mendapat untung dari Toyota sebanyak itu juga? Seluruh Malaysia kekurangan 3 juta. Semakin miskinlah negara. Itulah kerajaan negeri Perak. Bijak. Siapa pemimpinnya? Siapa yang memilih pemimpinnya?

Memanglah kos maintenance mahal, namun duit itu dipusing-pusing dalam negara sahaja. Kos maintenance untungnya kepada pekerja Proton. Orang-orang Proton berbelanja di Malaysia juga. Kalau orang Perak yang bekerja Proton, ke situ juga wang dibelanjakan. Cukai dibayar kepada kerajaan. Kerajaan bayar kos maintenance. Di situ kitarannya. Kalau beli Camry Toyota. Mana kitarannya? 'Luas' sungguh pemikiran pemimpin Perak.

Mungkin ada yang tidak setuju. Terpulanglah. Memang sekarang Malaysia tidak terasa impaknya. Namun, jika petroleum negara habis, akan berlakulah krisis keewangan. Namun saya pernah juga bertanya engineer Cari Gali Petronas tentang Reservior minyak negara, banyak jawab mereka. Namun, habis juga satu hari nanti- seperti bijih timah negara. Dahulu penjajah Inggeris menggali sampai habis. Terima kasih penjajah.

Wahai bangsaku, keadaan semakin tenat. Kita asyik berbelanja. Namun kepada mana wang itu mengalir. Beli barang dapur di Carefour. Carefour siapa punya? Beli laptop di Low Yard. Siapa taukeh Low Yard?. Beli kerete, beli motor di kedai mana? Pergi melancong dalam negara pun semuanya resort bukan orang kita. Lihat sahaja di bank-bank. Orang Melayu garu kepala duit gaji kerja kilang belum masuk. Orang C pakai seluar pendek dan singlet bawa berketul-ketul duit MALAYSIA simpan dalam bank. Duit dari mana lagi kalau bukan duit orang kita yang BIJAK berbelanja.

Comments

PeRaNTau said…
salam bos...

nice one le...
pekene abih golongan yg sepatutnya tanah tumpah darah ini milik mereka dan dikuasai mereka...bukannya golongan pendatang....
Hammad Fahli said…
The Cost of Maintaining the current fleet of Perdana V6s for 4 years- 140,000

The cost of a new Perdana - 120,000

The cost of a new Toyota Camry (If the federal government allows tax exemption, which, it refuses to do) - 96,000

So who's the one with a better brain now?

It is certainly true that national pride is important, but there simply are too many things to look at.

Let us take the example of Bugatti Veyron, the world's most expensive car. For each unit sold, the volkswagen group (the owner of bugatti) makes a 1.12million pounds - in loss. They do so to train the engineers, and this is why German automotive Engineers are very well-respected.

Now that we know Proton owns Lotus, maybe Proton can do the same. Why not produce a four-door lotus, instead of compelling the statesmen to drive around the nation in a car that dates back to '99 (which is actually an improvised '95 Mitsubishi (yeah baby, it's JAPANESE) Eterna). It is about time that our local firms be exposed to the challenging reality :) Even the doors of the V6 are imported, and we call that a national car?

Prestige does not come cheap :)
Sang Pujangga said…
try to reflect on ourself instead of blaming others..

Human always like that..

Very grateful that I'm not a human..