Hari ini hari yang sungguh berbeza dengan hari-hari ku yang lain. Ayah telah berjanji untuk membawa ku mengambil hadiah ulang tahun kelahiran ku yang ke-18. Setelah bersarapan nasi lemak sambal kerang bersama ibu dan ayah, terus sahaja aku bersuara,
“Ayah ingat tak hari ini hari ape? Semua dalam rumah ni buat muka tak tau je..Sajelah tu nak buat adik terasa dalam hati”
“Tak kan lah kami lupa. Dah, pergi bersiap. Ayah tunggu kat kereta.” balas ayah segera.
Aku berlari ke atas untuk menukar pakaian. Teringat janjiku kepada Sofia untuk memakai baju yang dibelikannya semalam untuk ku.
“Warna pink? You biar betul? Tak nak la. Macam bapuk je.” alasan yang kuberikan semalam.
“You ni tak open minded langsung. Tak pernah pun pink tu untuk bapuk atau perempuan. You tanak pakai sudah. Tanak beli ape-ape untuk birthday you lepas nie.” ugut Sofia.
Ayah telah menempah hadiah untuk ku lima bulan yang lepas. Hanya untuk memastikan hadiah itu sampai ke Malaysia hari ini juga. Betapa ayah selama ini menjaga aku. Anak bongsu dalam keluarga. Abang dan kakak aku sudah bekerja dan bekeluarga. Akulah yang menjadi penghibur ibu dan ayah di rumah. Itulah sebab aku tidak mahu belajar di asrama walaupun mendapat tawaran semasa di tingkatan 1 dan tingkatan empat. Aku pun sedar kesunyian ibu dan ayah di rumah tanpa anak-anak. Sudahlah jiran-jiran aku pun sibuk bekerja. Malam pula perlu menghadiri jamuan di sana-sini.
“Ayah belikan adik yang ni ke? Tak menyesal ayah kalau adik drive laju-laju dan kene saman?” gurauku apabila buat kali pertama memandu Mitshubishi Lancer 2.0 berwarna putih itu.
“Kalau kene saman, ayah tak jamin Zam. Zam duduklah dalam lokap. Makan kat situ. Tidur kat situ. Toilet pun kat situ. Haha, dah la tak ada computer Zam. Nak online pun x leh nanti.” selamba serius ayah member nasihat.
Begitulah ibu dan ayah mendidik ku sejak kecil. Tidak pernah menghalang apa sahaja kemahuanku. Namun mereka menerangkan akibat perbuatan sesuatu perkara agar aku boleh berfikir. Pernah juga ibu dan ayah menghantar aku ke kampung tinggal bersama datuk dan nenek. Tiga tahun aku bersekolah di kampung. Pada awalnya aku tiada kawan. Sifatku yang merasa tidak selesa dengan keadaan di sana berubah hanya dalam masa enam bulan. Kemudian, akulah hero kampung. Mandi sungai setiap hari. Berakit hingga sesat entah ke mana. Nasib baik orang asli membawa kami pulang. Konvoi berbasikal ke bandar. Sehinggakan, hujung tahun pertama aku di kampung, semua kawan lelaki aku bersunat beramai-ramai di rumah datuk. Setelah sikap aku mula berubah, ayah mahu membawa aku ke tinggal bersama mereka. Tetapi aku pula yang tidak mahu. Aku mahu bersama kawan-kawanku. Ayah mengalah. Namun aku berjanji, setelah habis UPSR, aku akan tinggal bersama ibu dan ayah.
***
Sejak aku ada kereta, kawan-kawan kolej selalu sahaja mengajak aku keluar. Tidak kira siang dan malam. Ada saja alasan – keluar makan, pergi clubbing, tengok perlumbaan kereta, kenduri saudara. Aku pula tidak pernah menolak. Ayah yang bayar duit minyak dan tol. Ayah pun tidak pernah menghalang. Darah muda alasannya. Aku pula sayang kawan-kawan aku. Tak sampai hati melihat muka mereka apabila aku menolak. Masam mengalahkan cuka.
“Malam ni kita pergi club ye..tension la quiz economy tadi. Study banyak-banyak, x dapat jawab jugak” ajak Sofia.
“Haha..sape suoh amek econs..padan muka. You jangan nak pakse I menari ke ape-ape ke. I hantar u and makan je. Then kite balik. I ade class esok” balasku manja.
Sofia mula kukenali di kolej tempat aku membuat persediaan sebelum belajar di luar negara. Pada awalnya aku ingatkan dia seorang yang susah didekati lelaki. Namun, aku beranikan diri memberinya bunga pada hari dia membuat persembahan sketsa sempena English Week di kolej. Sejak itu, Sofia tidak pernah penat menghubungi ku setiap hari. Pagi-pagi pun dialah yang kejut aku dengan sms nya. Kadang- kadang empty terus bateri telefon ku. Walaupun Sofia sudah berjanji untuk setia padaku, aku pula yang rasa tidak sedap hati. Takut aku tidak mampu memberikan nya yang terbaik. Namun ku pendam saja semua itu.
Final exam semakin hampir. Aku cuba untuk fokus. Setelah penat menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu-cikgu, aku terus sahaja memecut kereta ke Sports Planet untuk bermain futsal dengan kawan-kawanku. Itulah kegemaran mereka yang semakin menjadi-jadi. Azri, Hilmi, Irfan dan Hashim tidak pernah ketinggalan satu perlawanan pun. Aku lihat, main serupa dulu juga. Jersy saja yang original. Lepas penat bermain, aku dan kawan-kawan aku akan lepak di kedai mamak 24 jam yang ada screen besar. Menonton English Premier League menjadi satu aktiviti wajib. Yang menang mengutuk pasukan yang kalah. Yang kalah pula memberikan pelbagai alasan.
“Zam, weekend ni kelas aku ajak ko join kita orang gi camping kat Hulu Selangor. Lembah Pongsun. Confirm bestnye lah” ajak Irfan”.
“Segan ar bai..mane la aku knal classmate kau..dah la x best..haha..kalau korunk ade aktiviti, aku nak buat pe? Tido kat khemah? Tanak la aku.” Jawab aku member alasan.
“Macam ni la member..kata member..tak member langsung..dah la..gi ar tengok wayang dgn Sofia kau tu..” pedas Irfan membalas. Semua gelak tidak tertahan dengan ayat itu.
“Ye ar..sayang member punye pasal kan..x de hal la..tapi ko kne naik kete dgn aku. Tak la aku segan sangat nanti.” Balas ku sungguh.
Seperti yang dirancang, hujung minggu itu aku habiskan bersama kelas Irfan. Penat. Itu sahaja yang aku boleh ceritakan. Jungle tracking, mandi air terjun, berkayak, lari berhalangan dan bermain American Footbal. Namun di sana aku mula bersolat. Penuh lima waktu. Qiamullai pun aku buat. Agak lain rasanya. Sejak itu aku sudah mula bersolat di rumah. Ibu dan ayah sudah mula perasan dengan perubahan diriku. Walaupun mereka tidak berkata apa-apa, namun jelas di wajah mereka muncul satu macam keresahan. Satu pagi, aku berani meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.
“Ibu dan ayah tidak suka ke adik bersolat? Solat itukan wajib. Kita kan Islam. Adik takut masuk neraka.” Menggigil bibirku.
“Ayah bimbang kau ikut kumpulan ajaran sesat mana-mana. Itu sahaja.” Pintas ayah.
“Adik sayang ibu dan ayah. Adik nak ibu dan ayah hidup bahagia di akhirat nanti. Setiap kali lepas solat, adik doakan serupa itu.” Kususun kata menasihati mereka.
“Baguslah begitu” ringkas ibu bersuara.
Sejak pagi hening itu, ibu dan ayah sudah mula berubah. Mereka mula menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Bilik bacaan ayah kini dipenuhi buku-buku agama. Tiada lagi buku falsafah dan ideology barat yang tidak putus-putus dibacanya setiap hari. Ibu pula rajin membaca AlQuran. Orang gaji aku yang mengajarnya. Ibu dan ayah juga bercadang untuk menunaikan haji tahun ini. Keluarga kesayangan ku telah berubah serta merta.
Aku pula mencari-cari hala tuju diri aku yang selama ini aku tidak pernah memikirkannya. Aku dapat tahu yang camping aku sertai itu diurus oleh seorang perempuan kelas Irfan. Terasa mahu berjumpa dengannya untuk bertanya lebih lanjut. Irfan sudah perasan dengan niat aku itu dan dialah yang menceritakan segalanya pada Sharifah. Entah bagaimana aku menerima pesanan ringkas darinya untuk aku datang ke rumahnya hujung minggu ini untuk berjumpa abang nya.
Sepanjang hari itu aku berkenalan dengan Saiful, abang Sharifah. Baru sahaja tamat pengajian di King College di London dan akan mula bekerja minggu hadapan di Hospital Putrajaya. Saiful menerangkan tentang hala tuju hidup manusia. Aku tertarik dengan cara dia membawa aku menjelajahi pengalaman nya selama dia belajar di sana. Tanpa bantahan, aku bersetuju untuk berbicang setiap minggu sekiranya dia mempunyai masa lapang.
“Dakwah itu wajib Zam” simpul Saiful di penghujung perjumpaan itu.
“Tapi saya sayang kawan-kawan saya. Mesti mereka tidak menerima saya seperti dulu”. Balasku gugup.
“Kalau kau benar-benar sayang, ajaklah mereka ke jalan yang benar” tegasnya.
***
Comments
kalau nak dijadikan cerpen lebih baik tumpukan juga pada tanda baca dan ejaan.. macam perkataan 'nie' dan ada lagi beberapa.
ni ada sambungan ke? selalunya cerpen dalam 1500 patah perkataan. kalau novel dalam 60000.
apa-apa pun cerpen yang baik mengendong beberapa elemen pengajaran yang tersendiri. InsyaAllah menulis juga merupakan kaedah dakwah sebenarnya.
dan yang menariknya karya itu tidak akan lupus walaupun roh telah dijemput Izrail, jasad telah dimamah bumi :)
to itana : thankz sebab baca.
bgtau kalau dah bersambung ye!