Ekonomi Malaysia (Bahagian 1)

Bagaimanakah jumlah duit sesebuah negara dikeluarkan?

Untuk mudah difahami, jumlah duit negara ditentukan mengikut aset negara itu sendiri. Semakin banyak aset, semakin banyaklah duit dalam negara tersebut.

Mengapa Bank Negara Malaysia tidak mencetak duit untuk membantu rakyat yang miskin?

Kita ambil contoh yang mudah, sekiranya negara hanya ada 2 kilogram emas, 1 kilogram bernilai RM 1000 (contoh), jadi Bank Negara hanya perlu mengeluarkan RM 2000. Apa jadi kalau Bank Negara mencetak lebih dari nilai tersebut? Contohnya Bank Negara mengeluarkan RM10000, nilai RM 10000 ini sama sahaja dengan RM 2000, matematiknya, RM2000=RM10000. Ini secara tidak langsung menurunkan nilai RM. Penambahan wang dalam pasaran tidak membantu ekonomi meningkat, sebaliknya hanya menurunkan nilai matawang. 

Bagaimana dengan ekonomi Malaysia hari ini?

Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal. Ekonomi Malaysia dalam keadaan yang amat genting. Umat Islam di Malaysia tidak menguasai ekonomi. Itulah realiti.

Mengapa anda bercakap pasal Ekonomi Malaysia dan siapa anda?

Saya hanyalah anak peneroka FELDA. Dilahirkan dan dibesarkan di tanah FELDA. Hasil jualan buah kelapa sawit ladang abahlah yang mengalir dalam darah ini. Ingin saya berkongsi sedikit dengan para pembaca sekalian tentang dua buah bandar yang berhampiran dengan rumah saya. Satu ialah Bandar Sungai Jerik dan satu lagi ialah Bandar Pusat Jengka. Apa yang istimewanya tentang bandar-bandar ini? Bandar Pusat Jengka telah diwartakan oleh Tun Abdul Razak sebagai bandar orang melayu. Sekiranya anda berkesempatan datang ke sini, 100% ialah peniaga Islam. Sungguh! Bandar yang lambat membangun. Hanya ada beberapa deretan kedai, bank, pejabat pos, sebuah stesen bas dan yang terbaru ialah 7 Eleven. Semua ini menunjukkan penguasaan ekonomi masyarakat melayu. Siapakah yang datang ke bandar ini? 100% orang melayu. Sekiranya anda terjumpa selain melayu yang datang membeli barang, sila hubungi saya dan saya akan menukarkan fakta ini. Lain pula cerita Bandar Sungai Jerik. Bandar ini didominasi oleh kaum Cina. Namun, siapakah yang datang ke bandar ini? Tentulah semua orang pergi ke bandar ini kerana barang yang diniagakan murah, servis yang terbaik dan barang berjenama. Atas pengalaman hidup inilah saya menulis tentang Ekonomi Malaysia.

Comments