Kali pertama ku mempunyai pendrive, aku cukup berpuas hati kerana harganya yang murah walaupun memory yang agak besar. Membeli belah di Lowyat bersama kawan lama - Azam tidak kulepaskan.
Melihat kembali konsep pendrive yang digunakan oleh pelajar...terfikir sebuah analogi yang entah tiba-tiba datang ke minda. Pendrive atau thumbdrive digunakan untuk menyimpan maklumat supaya boleh dipindahkan daripada satu computer ke computer yang lain.
Tidakkah itu sama dengan apa yang ku lakukan dalam hidup ini? Belajar siang dan malam semua subjek. Memahami dan menghafal apa yang perlu. Lalu digunakan untuk apa semua itu?
Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Semakin banyak maklumat yang disimpan, semakin terbaik lah pelajar tersebut di sekolah. Namanya disebut-sebut. Diraikan. Diberi sijil. Malah dihantar ke luar negara.
Apakah ciri-ciri pendrive terbaik anda?
Tidak dapat lari dari fitrah pendrive untuk menyimpan maklumat. Namun maklumat apakah yang palaing penting untuk disimpan? Maklumat apakah yang paling beharga? Maklumat apakah yang terbaik?
Tentulah maklumat yang mampu berkata-kata apabila mulut sudah tidak mampu bersuara. Tentulah maklumat yang mempunyai berat timbangan nya di neraca perhitungan tatkala harta tidak bernilai.
Jadilah pendrive terbaik.

Comments
memori aku da 700 GB