Kembara Terbaik?

Kekuatan

Perjalanan beramai-ramai dalam kegelapan malam memercikkan air peluh membawa seribu satu kenangan. Langkah yang disusun ke desa, abadi penghujung mata melihat keindahan dunia yang fana. Persediaan sebelum membawa insan tersayang ke pusara boleh didapati dalam kembara seperti ini.

Kelemahan

Berkumandangnya azan di dalam perjalanan menandakan kelewatan rombongan yang menyediakan diri dengan alas perut setelah selesai solat matahari di ufuk. Ketakutan yang menggentarkan guru pengiring mengakibatkan perjalanan yang jauh melalui pintu hadapan. Apa yang ditakutkan dengan laluan kelapa sawit di belakang pondok KMB itu? Ular? Kala jengking? Bukan itukah yang akan dijumpai di alam kubur?

Kesan

Degup jantung kencang setelah meilhat batu putih tegak di atas bonggol tanah. Keinsafan tentang singkatnya hidup ini menyegat minda. Sudah bersediakah aku ini? Banyak mana amalan yang bekalnya akan dihadapkan kepada Pencipta. Sedikit perkongsiaan ilmu daripada pelajar antarabangsa mengasak jiwa dan minda. Akal terus berfikir mencari kebaikan diri. Cukupkan untuk menampung kesalahan silam?

Cadangan

Badan keras kaku terbujur yang sebenar membuatkan pengalaman semahal emas alam semesta. Tanah yang gembur dikorek membelah bumi bersedia untuk menerima manusia yang sudah tidak bernyawa. Itulah yang diperlukan oleh pelajar antarabangsa yang selalu lalai dalam kehidupan. Ilmu dari mulut buih penceramah tidak cukup tanpa mayat sebenar. Kepekatan malam perlulah diteruskan. Ketakutan yang pasti terbit dari hati-hati yang lemah.

Comments

PeRaNTau said…
salam...

agak2 arr suma post nak buat report je..

try aa tulih apa yg terbuku dari sudut hati...itulah blog namanye
Ezlan mohsen said…
Bagus makin bertambah2 budak kmb ber blog sekarang. Bagus amat bagus sekali.

Takpe Zaid, blog ni ikut suke hati empunya nya. Mungkin kau boleh pelbagaikan kan post kau, ada report, ada pendapat.

Would like to read more from you.